7 KEJADIAN MISTERI DAN NGERI DI DUNIA

Banyak kejadian aneh yang pernah terjadi di dalam dunia namun masih ada beberapa peristiwa yang masih tidak diketahui puncanya dan kekal misteri sehingga kini seperti peristiwa2 di bawah

1- LAGENDA KAPAL HANTU, MARIA CELESTE

Sebuah kapal barang bernama Maria Celeste yang ditemui tidak berpenghuni di kawasan pulau Azore pada bulan Desember 1871. Kapal tersebut memiliki muatan barang-barang berharga termasuk alkohol yang diisi dalam tong-tong kayu.

Anehnya, ketika ditemui tidak ada mayat atau jejak para penumpangnya. Lifeboat juga tidak ditemukan. Bahkan para nelayan dan kapal lain mengaku tidak pernah melihat sekoci yang ditumpangi kru Maria Celeste.

Kejadian tersebut membuat ramai orang bertanya-tanya. Sehinggakan mereka berfikir bahawa kapal Maria Celeste adalah kapal hantu.

 

2- KRU KAPAL MATI SECARA MISTERI

Pada tahun 1947, kapal Ourang Medan ditemui karam dan seluruh kru didalam kapal mati dengan cara misteri. Peristiwa yang terjadi di perairan Malaka ini sampai sekarang masih menjadi misteri.

Sebelum itu, kapal itu diketahui mengirim pesanan SOS dan diterima oleh beberapa kapal lain di perairan Malaka. Ada dua pesanan yang dikirimkan oleh awak kapal, pesanan yang pertama memberitahu bahawa hampir seluruh penumpang kapal mati. Pesanan kedua adalah ‘I die’.

Tindakan diambil dengan cepat, namun ketika ditemui seluruh kru kapal telah mati dengan cara mengerikan. Tidak ada darah atau tanda-tanda kekerasan, namun semua korban menunjukkan ekspresi muka ketakutan dengan mata melotot dan mulut menganga.

Untuk mengetahui kejadian sebenar, kapal Ourang Medan pun ditarik oleh kapal besar Silver Star ke tepian. Namun belum sempat sampai ke tepi pantai, tiba-tiba dek bahagian belakang kapal Ourang Medan terbakar dan meledak. Kapal itu pun beransur tenggelam bersama misteri di dalamnya.

 

3- JEJAK HANTU GENTAYANGAN

Kejadian yang terjadi di Devon, Inggris pada tanggal 8 Febuari 1855 menggemparkan penduduk desa tersebut. Kerana selepas salji turun di malam hari, keesokan harinya muncul jejak kaki berukuran panjang 4 cm dan lebar 6-5 cm yang bertebaran di seluruh desa. Bukan hanya di tanah tetapi di dinding bangunan yang tinggi. Kerana sehingga kini tiada penjelasan, fenomena tersebut dianggap sebagai tapak kaki hantu gentayangan atau tapak kaki makhluk aneh di desa ereka yang disebut dengan istilah Devil Footprint.

 

4- KATAK DIDALAM BATU

Bagaimana seekor katak berada di dalam batu dan masih hidup ketika dikeluarkan? Jika Anda memiliki pertanyaan seperti ini, Ertinya Anda juga mewakili jutaan orang lain yang hairan dengan fenomena aneh ini.

Kejadian misteri ini berlaku pada tahun 1800-an, seseorang menemui sebuah batu dan apabila dipecah terdapat seekor katak di dalamnya dengan yang masih hidup.  Kemudian, Benjamin Franklin juga mengatakan bahwa dirinya menemuI empat ekor katak yang masih hidup di dalam sebuah batu kapur.

Bagi memecahkan misteri ini, para ahli melakukan percubaan dengan meletakkan katak di dalam sebuah batu. Namun hasilnya benar-benar berbeza. Katak tersebut tidak bertahan lama dan mati dalam waktu singkat. Bagaimana seekor katak boleh masuk dan bertahan hidup di dalam batu? ianhya masih misteri hingga sekarang.

 

5- HUJAN GUMPALAN MISTERI

Pada bulan Ogos 1994 berlakunya fenomena unik dan misteri di Oakville, Washington. Fenomena tersebut adalah hujan gumpalan bening dengan jumlah yang cukup banyak. Hairan dengan gumpalan tersebut, pemilik kawasan bernama Sunny Barclift pun menyiasat gumpalan tersebut dan tiba-tiba mengalami sakit kepala yang kuat sehingga dikejarkan ke hospital.

Yang paling aneh adalah kucing Sunny juga mati secara tiba-tiba setelah melakukan kontak dengan gumpalan tersebut. Hairan dengan kejadian itu, Sunny membawa gumpalan tersebut ke laboratorium. Dan mendapati bahawa sebenarnya gumpalan itu mirip dengan sel darah putih manusia namun tidak memiliki inti sel atau nukleus. Gumpalan tersebut sehingga sekarang masih meninggalkan tanda tanya besar.

 

6- BADAN TERBAKAR SECARA TIBA-TIBA

Kejadian misteri dan mengerikan ini masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Bagaimana manusia tiba-tiba terbakar tanpa ada sebab-sebabnya dan meninggalkan sebahagian tubuh yang tidak hangus?

Pada bulan Disember 1966, seorang lelaki bernama John Irving Bentley ditemui mati terbakar dengan sendirinya. Yang peliknya, hampir semua tubuhnya hangus menjadi abu kecuali kaki kanannya yang tidak terbakar dan kelihatan segar. Kejadian yang sama juga berulang pada tahun 1980, seorang lelaki tua bernama Henry Thomas ditemui mati terbakar dan tetapi dua kakinya yang masih elok tidak terbakar.

Para doktor dan ilmuwan juga bingung dengan kes ini, akhirnya membuat kesimpulan bahawa seseorang yang meminum alkohol dan merokok dengan serentak akan mengalami kejadian buruk seperti ini. Hal ini berdasarkan fakta bahawa kesemua mangsa memang perokok berat dan mengambil alkohol. Meskipun kedengaran mustahil, namun beberapa orang berasa takut ketika merokok dan minum alkohol bersama kerana kejadian misteri ini.

 

7- RUMAH HANTU AMITYVILLE

src=”http://www.kenaviral.com/wp-content/uploads/2017/09/Cerita-Horor-Paling-Menakutkan-Tentang-Rumah-Hantu-AmityVille.jpg” alt=”” width=”1034″ height=”697″ />

Pernah menonton filem horror Amityville House? Filem yang diangkat berdasarkan kisah benar itu memang sangat menyeramkan. Diadaptasi dari sebuah novel dengan judul yang sama, filem ini termasuk dalam filem horror yang terkenal sepanjang masa. Penulis novel George dan Katty Lutz menjadikannya begitu ‘hidup’ dalam cerita novel tersebut. Bahkan banyak orang berpendapat sebenarnya mereka berdua adalah orang yang mengalami kejadian itu.

Kisah rumah hantu itu terungkap ketika pada tahun 1975, sepasang suami isteri yang berpindah ke sebuah rumah di Amityville, New York mengalami kejadian-kejadian yang mengerikan. Seperti bau busuk tiba-tiba, suara orang berjalan, suara menyeramkan hingga serangan fizikal yang tidak diketahui siapa pelakunya. Bahkan salah seorang anggota keluarganya melihat penampakan susuk yang menyeramkan dengan mata merah menyala. Selain itu, ada ruangan kecil misteri sehinggakan seekor anjing tidak mahu mendekatinya.

Ternyata 13 tahun sebelumnya terjadi kejadian yang mengerikan di lokasi rumah itu. Putra pemilik rumah mengaku menembak mati seluruh keluarganya yang berjumlah 6 orang kerana bisikan yang terngiang di kepalanya.

Namun anehnya, semua korban mati terlangkup di tempat tidur mereka dan nampak tidur tenang. Tidak ada tanda-tanda bahawa mereka semua minum ubat penenang. Kejadian ini menjadi misteri yang misteri walaupun sang pelaku, Ronald DeFeo telah dimasukkan ke penjara sampai mati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *