BAHAYA GADGET PADA KANAK-KANAK DAN CARA ATASI

“SAYANG, FIFI NANGIS TU.. CUBA CARIK VIDEO PAPE DEKAT YOUTUBE TU”

“NAH SAYANG PHONE MAMA, JANGAN KACAU MAMA NAK BUAT KERJA NI”

“SAYANG MAIN GAME KAT PHONE NI, NANTI BATERI HABIS BAGI MAMA BALIK TAU”

Dialog2 diatas mungkin kedengaran biasa untuk anda dan mungkin dialog harian anda, tetapi sedarkah anda perkara diatas mungkin merosakkan anak anda. Kita masih punya tangan kaki mulut telinga dan mata untuk menghiburkan mereka bukan? jadi cuba cari jalan lain selain daripada pemberian gadget.

disini admin sertakan kesan buruk terhadap anak anda yang mungkin anda tidak akan sedar dalam tempoh jangka pendek tetapi kesan masa panjangnya akan merugikan waktu emas anak-anak anda!

1- RADIASI

Mengikut kajian, paparan radiasi dari gadget sangat berbahaya bagi kesihatan dan perkembangan anak. Radiasi gadget sangat berisiko mengakibatkan gangguan terhadap perkembangan otak dan sistem imun anak.

2- KETAGIHAN

Pengaruh gadget terhadap anak juga akan menyebabkan mereka ketagihan dan rasa bergantung. Hal ini akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan fizikal anak anda. Mereka yang asyik bermain gadget biasanya akan lupa atau kurang berminat untuk makan sehingga kekurangan nutrisi. Ketagihana gadget juga akan menjadikan anak bersifat pendiam dan tidak suka bersosial.

3. MENGHALANG PERKEMBANGAN TUMBESARAN

Kanak-kanak yang terlalu bergantung dengan gadget cenderung mengalami kelewatan dalam proses perkembangannya. Kerana kanak-kanak ini tidakgemar bergerak dan melakukan aktiviti sehingga proses tumbesaran mereka menjadi lambat.

4. PENYAKIT MENTAL

Penggunaan gadget yang tidak terkawal dan berterusan boleh menjadi salah satu punca penyakit mental seperti tekanan, gangguan perasaan dan autism.

5. OBESITI

Kanak-kanak yang terlalu leka bermain gadget sangat berisiko memiliki berat badan yang berlebihan atau obesiti. Kerana mereka sangat kurang bergerak/mengeluarkan peluh dan membuatkan lemak mereka tidak terbakar dan menjadi punca kenaikkan berat badan secara berlebihan.

6. TIDUR TERGANGGU

Jangan berikan gadget pada anak anda pada waktu malam kerana boleh mengakibatkan waktu tidur mereka terganggu dan membantutkan perkembangan mereka. Bermain game atau menonton video pada waktu malam akan menyegarkan mata mereka sehingga tidak mahu tidur awal. Tahukah anda kanak-kanak perlu mendapatkan waktu tidur yang cukup bagi mendapatkan tumbesaran yang sempurna?

7. PENGARUH NEGATIF

Kadang-kadang mereka menonton video yang tidak sepatutnya tanpa kita sedari dan ada juga yang menonton aksi ganas seperti pergaduhan dan turut “mempraktikan” aksi itu diluar.

 

TIPS MENGATASINYA

1- JADILAH SEPERTI MEREKA

Jadi seperti mereka bermaksud kembalilah ke zaman kanak-kanak bersama mereka, layan mereka dan ikutlah bermain bersama.

2- BERIKAN MEREKA TUGAS

Beri mereka tugas contohnya sapu sampah, lap meja, lipat baju, basuh kereta atau apa sahaja. Memang hasil kerja mereka lansung tidak menakjubkan tetapi perkara-perkara begini membantu mereka mengisi waktu lapang mereka. Pastikan anda sentiasa memberi pujian atas semua hasil kerja mereka ya!

3- SEDIAKAN JADUAL

Sekiranya mereka memang sukar untuk dipisahkan dengan gadget. Cuba sediakan jadual waktu dan hadkan penggunaan daripada harian kepada hari minggu sahaja dan penggunaan tidaklah melebihi satu jam atau kurang dan latih mereka untuk menerima jadual yang anda telah aturkan. walaupun mereka memberontak itu adalah lebih baik daripada masa depan mereka terjejas.

4- BIAR MEREKA “MENGEMAS”

Jangan terlalu kerap katakan perkataan “JANGAN” “TIDAK” ATAU “DUDUK DIAM-DIAM” kerana ianya cuma akan membataskan aktiviti mereka. Biar mereka mengombah permainan mereka atau membuat sedikit sepah asalkan tidak membahayakan mereka tetapi cuba ajar juga mereka untuk mengemas semula ya!

5- PENUHKAN HARI CUTI ANDA DENGAN KELUARGA

Cuba penuhkan jadual hari cuti atau hari minggu anda dengan berkumpul bersama anak-anak. Sediakan permainan yang boleh dimain bersama-sama dan sediakan juga sesi meluah perasaan dan mendengar cerita. Dengar semua yang anak anda hendak cerita yang mungkin mereka tidak berkesempatan cerita pada hari anda kerja.

6- JANGAN TUNJUK DEPAN MEREKA

Elakkan dari bermain handphone didepan anak anda lebih-lebih lagi diwaktu anak anda perlukan perhatian anda. Kerana anda cuma akan menarik perhatian mereka untuk melihat apa yang anda sedang lakukan.

7- BENARKAN MEREKA BERMAIN

Benarkan mereka bermain dengan rakan sebayanya ataupun sesekali benarkan anak anda menjemput mereka kerumah untuk bermain atau mengulangkaji pelajaran bersama.

 

Kita sebagai ibu bapa haruslah bijak dalam mengawal anak-anak kita. Cuba elakkan mendedahkan anak anda terlalu awal kepada gadget. Jangan biarkan rumah anda sunyi tanpa gelak tawa dan tangis mereka kerana satu hari nanti anda pasti akan merinduinya.

Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang hebat ya! jadi buktikan anda memang hebat!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *