8 CARA BAGAIMANA MENGURUSKAN GAJI KECIL

Sekiranya anda seorang yang bekerja dengan makan gaji, anda perlu tahu semua tips bagaimana menguruskan gaji yang kecil. Di zaman serba mencabar dengan kenaikan harga barang dan bebanan GST maka anda perlu bijak menguruskan kewangan anda supaya gaji yang anda terima mencukupi untuk semua keperluan anda.

Tiadanya pengurusan kewangan yang betul boleh menyebabkan anda mengalami hutang yang pasti akan membebankan anda. Di sini kami kongsikan sedikit tips yang perlu anda amalkan dan ketahui bagi mewujudkan belanjawan yang bijak berdasarkan gaji semasa anda.

Cara Bagaimana Menguruskan Gaji Kecil

1. Wujudkan belanjawan Bulanan

Perkara pertama yang perlu anda buat ialah wujudkan belanjawan bulanan.

Senaraikan dahulu perbelanjaan bulanan anda dan bahagikannya kepada 2 bahagian. Pertama ialah bagi keperluan asas seperti kos untuk bekerja, makanan, bil api air, pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan,internet, topup dan lain-lain berkaitan.

Kedua ialah perbelanjaan lain dari keperluan seperti melancong, hiburan, shopping, bersiar-siar dan lain-lain yang berkaitan.

2. Selesai Hutang

Sekiranya anda mempunyai hutang atau bil maka selesaikanlah ia. Iaitu setelah mendapat gaji maka anda perlu bayar secepat mungkin.

Hutang yang dimaksudkan ialah hutang bil keperluan seperti  bil api air, internet, topup dan lain-lain berkaitan.

3. Simpanan

Pastikan anda menyimpan walaupun sedikit.  Seeloknya simpanan anda setiap bulan adalah sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda.

Namun sekiranya anda tidak mampu dan mempunyai komitmen yang besar maka simpan sahaja mengikut kemampuan anda. Yang penting anda ada menyimpan.

Cara paling baik tetapkan setiap bulan jumlah yang fix untuk anda simpan. Patuhi dan ikut ketetapan tersebut.

4. Senaraikan perbelanjaan harian

Pastikan anda menyimpan resit setiap kali anda berbelanja. Catatkan atau rekodkan setiap perbelanjaan anda setiap hari bagi memudahkan anda menjejaki kemana duit anda dibelanjakan.

Ini bagi membantu anda menyediakan belanjawan bulan akan datang dan mengenalpasti penjimatan yang boleh anda lakukan dengan menganalisa perbelanjaan yang tidak perlu.

5. Lebih dari satu akaun bank

Adalah baik sekiranya anda mempunyai lebih daripada satu akaun bank. Gunakan akaun ini untuk mengasingkan perbelanjaan anda.

Gunakan akaun pertama untuk keperluan harian, bil, gaji, perbelanjaan kerja, makanan dan sebagainya. Gunakan akaun kedua sebagai akaun untuk anda menabung simpanan.

6. Penggunaan Kad Kredit dengan betul

Kad kredit boleh membantu anda dan boleh menambahkan hutang anda. Gunakan ia dengan bijak.

Sebagai contoh, gunakan ia untuk mendapat rebat dan diskaun. Yang penting anda perlu disiplin membayar semula kad kredit anda daripada akaun simpanan anda.

7. Laburkan Wang

Sekiranya anda mempunyai lebihan wang selepas ditolak daripada perbelanjaan dan simpanan, maka adalah bagus anda laburkan lebihan wang tersebut.

Anda boleh laburkan ianya dengan membeli insuran, amanah saham, emas dan sebagainya. Yang pasti jangan sesekali melabur dalam skim cepat kaya.

8. Perbandingan

Buat perbandingan perbelanjaan anda dengan belanjawan yang anda buat. Sekiranya anda dapati perbelanjaan lebih dari belanjawan maka anda perlu mengubah belanjawan tersebut. Bandingkan perbelanjaan anda setiap bulan dan kenalpasti penjimatan yang anda boleh laksanakan.

Semoga perkongsian tips yang kami kongsikan ini meberi manfaat kepada anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *