KEBURUKAN BAKING SODA PADA KULIT

Siapa yang gunakan baking soda sebagai bahan kecantikan kat kulit muka? baik ngaku!

biasa kita dengar baking soda boleh licinkan kulit, hilangkan jerawat, jeragat, gebukan kulit semua tu kan?

Pakai sehari kulit terus bersinar-sinar, jerawat pon mati tapi apa yang ada di sebalik baking soda sampai boleh mati jerawat kat kulit tu ye?

jom kita tengok kesan buruk baking soda atas kulit kita:-

1- Terlalu kuat  untuk kulit

Baking soda termasuk kategori bahan yang bersifat kuat, keras dan biasa digunakan sebagai agen pembersih seperti kepada seramik. Dos yang terlalu tinggi akan membahayakan kulit anda. Oleh kerana sifatnya yang kuat itu ianya amat tidak sesusai digunakan sebagai bahan kecantikan harian lebih-lebih lagi pada kulit yang bermasalah seperti jerawat dan lebih baik dapatkan nasihat doktor sekiranya mahu meneruskan penggunaan.

2- Merosakkan lapisan epidermis kulit

Kulit kita mempunyai beberapa lapisan. Lapisan yang di luar sekali dipanggil sebagai lapisan epidermis yang berfungsi sebagai melindungi badan anda dari uv. Epidermis juga yang bertindak sebagai pelindung dari kotoran yang menjadi punca jerawat. Di dalam baking soda terdapat bahan yang mampu dapat merosakkan lapisan epdermis kulit sehingga menghilangkan fungsi asalnya iaitu sebagai pelindung.

Baking soda memang boleh digunakan sebagai bahan pengelupasan atau dipanggil exfoliation agent tetapi penggunaan secara berlebihan dan dos yang tidak terkawal akan menjadikan kulit anda semakin hari semakin menipis.

3- Menyebabkan iritasi pada kulit

Kulit yang sensitif akan memberikan kesan sampingan seperti iritasi, kemerahan, rasa pedih dan bengkak. Sedangkan bahan seperti aluminium juga boleh rosak inikan pula kulit wajah anda. Jadi jika anda tergolong didalam kumpulan kulit yang sensitif cuba elakkan dari mengambil baking soda sebagai bahan kecantikan.

4- Mengeringkan kulit

Baking soda memang terkenal sebagai pembasmi minyak pada wajah tetapi perlu anda ketahui penggunaan yang berlebihan dan kerap adalah tidak bagus pada wajah kerana dapat kulit akan menjadi kering dan menyukarkan proses penyembuhan jerawat. Kulit juga akan kelihatan kusam dan tidak elastik.

5- Meninggalkan kesan “permanent”

Baking soda yang digunakan secara berlebihan boleh meninggalkan bekas seperti jerawat dan jeragat serta sangat sukar untuk dihilangkan kembali. Mahukah anda kulit anda yang sememangnya licin itu dipenuhi dengan bintik-bintik hitam dan jerawat?

 

Apa-apa bahan juga tidak patut digunakan secara berlebihan dan adalah lebih baik untuk anda mendapatkan nasihat daripada pakar kulit.

Lebih sesuai sekiranya anda menggunakan bahan semulajadi contohnya tomato, timun, aloe vera dan banyak lagi. Jangan terlalu taksub pada kesan yang segera sehingga boleh merosakkan kulit dan memberi kesan buruk pada masa akan datang.

Kulit yang cantik datangnya dari dalaman kita, yang penting anda perlulah mengawal cara pemakanan anda dan makan makanan yang berkhasiat dan kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian anda.

 

 

sumber : wajahjerawat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *