PERBEZAAN FOREMILK DAN HINDMILK

Adakah anda seorang ibu yang sedang menyusukan anak? adakah anda tahu didalam susu ibu terdapat dua bahagian susu yang dipanggil foremilk dan hindmilk? kedua-dua susu ini sangat penting bagi tumbesaran bayi anda jadi pastikan bayi anda mendapat khasiat daripada kedua-dua jenis susu ini ya.

Kalau anda perasan susu yang dipam dan dimasukkan kedalam botol lalu dibiarkan akan terhasil satu lapisan bukan? itulah dia Foremilk dan Hindmilk.

Jom kita belajar dan kenali perbezaan kedua-dua jenis susu ini!

FOREMILK

– Susu yang berada di hadapan payudara anda iaitu susu yang akan keluar/mengalir dahulu ketika sesi penyusuan atau mengepam.

– Berwarna cair putih jernih kebiruan.

– Mengandungi lebih banyak protein, karbohidrat dan vitamin yang penting bagi perkembangan otak bayi anda.

– Foremilk lebih banyak terhasil pada waktu siang kerana cuaca yang lebih tinggu berbanding malam. Ianya sangat membantu untuk menghilangkan dahaga bayi anda.

– Bersifat cair tetapi kaya dengan laktosa.

HINDMILK

– Hindmilk akan keluar selepas beberapa minit anda menyusukan bayi anda ataupun selepas mengepam iaitu selapas foremilk telah habis disedut keluar.

– Susu hindmilk teksturnya lebih pekat dan kekuningan.

– Mengandungi lebih tinggi kandungan serat, kalori dan lemak bertujuan memberi tenaga kepada bayi dan penting bagi tumbesaran fizikal bayi anda.

– Hindmilk yang lebih tinggi lemak dapat memberikan kesan kenyang kepada bayi.

– Bagi mendapatkan keseluruhan khasiat hindmilk pastikan anak anda menyusu sehingga payudara anda kosong atau mengepam sehingga tiada lagi susu yang tinggal.

– Bayi memerlukan lebih khasiat hindmilk.

*Tanda bayi anda mendapat susu yang seimbang ialah melalui warna najisnya iaitu berwarna kuning keemasan ya.

TANDA-TANDA BAYI ANDA TIDAK MENDAPAPAT CUKUP KHASIAT FOREMILK DAN HINDMILK:-

– Warna najis kehijaun dan kadang-kadang disertai lendir.

– Bayi anda kerap muntah

– Bayi kerap minta susu kerana cepat berasa lapar. Ini adalah kerana bayi anda tidak dapat/cukup minum sehingga Hindmilk betul-betul habis.

– Perut bayi mudah kembung.

– Berat badan bayi anda tidak naik ataupun perlahan.

– Bayi kerap membuang air besar dan selalunya sebaik sahaja selesai menyusu.

PAYUDARA MANA YANG MENGHASILKAN FOREMILK DAN HINDMILK?

Silap kalau anda fikir kiri dan kanan payudara anda memberi khasiat yang berlainan ya. Kedua-dua payudara anda mengahasilkan kedua-dua jenis susu ini yang berbeza nya satu dibahagian hadapan dan satu dibelakang sahaja. Jadi jangan mudah terpengaruh sehingga anak anda tidak mendapat cukup khasiat kerana hanya memberi sebelah payudara sahaja. Pastikan anak anda betul-betul menghabiskan susu disebelah sebelum bertukar ke payudara sebelah ya!

JADI SEORANG IBU MEMANG BANYAK PERSEDIAAN DARI SEGI ILMU YANG KITA PERLU PELAJARI. SEKIRANYA RAGU-RAGU DENGAN SESUATU FAKTA TERUS BERTANYA DENGAN DOKTOR ANDA DARIPADA ANDA MENGAMALKAN FAKTA YANG AUTA YA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *