BAYI KERAP MENANGIS? KETAHUI 6 PETANDA BAYI NAK MENYUSU!

Ada masa bayi anda menangis tapi tak tahu sebab apa kan? dah pujuk tak jalan jugak? ha tu mungkin tandanya bayi anda sedang kelaparan atau kehausan. Biasanya ibu bapa yang baru-baru sahaja menimang cahaya mata keliru dengan situasi bayi menangis ni kan.

Petanda bayi ingin menyusu memang banyak. Di sini kami kongsikan 6 petanda bayi hendak menyusu yang mudah untuk anda fahami!

1. Mulut asyik ternganga, terbuka & seperti mencari sesuatu

Alahai memang comel tengok aksi ini tapi itu petanda dia hendak menyusu.

2. Bebola mata bergerak-gerak

Bayi kadang kala mengerakkan bebola matanya sekejap ke kiri dan ke kanan. Ini mungkin salah satu petanda bayi anda ingin menyusu.

3. Menangis kuat

Bayi anda tiba-tiba menangis dengan kuat. Itu adalah tanda bahawa dia betul-betul inginkan susu.

4. Merenggek-renggek manja

Suara simanja merengek manja memberitahu dia lapar!

5. Asyik hisap jari, sarung tangan, tangan atau apa yang boleh dicapainya

Ini juga adalah salah satu tanda utama bayi anda ingin menyusu atau sedang lapar. Apa sahaja akan disubmatnya kedalam mulut disebabkan perasaan laparnya.

6. Bayi mulai merajuk dengan anda

Bayi anda tidak mahu melekapkan mulutnya pada payudara anda. Bayi anda mungkin sedang merajuk kerana anda lambat memberikannya susu. Elakkan ia terjadi dengan memberinya susu secepat mungkin sebelum sicomel merajuk.

 

Ha jangan tak tahu bayi anda juga pandai merajuk jadi segera layan permintaan bayi anda ya! mereka memang si kecil yang comel tapi sekali bersuara riuh rendah sekejaplah dunia anda kan? pelajari ilmu-ilmu begini agar lebih mudah dan lebih cepat untuk anda memahami kehendak bayi anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *