TENTUKAN JANTINA BAYI DENGAN SODA BICARBONATE? BOLEH PERCAYAKE?

Semua para ibu yang sedang mengandung lebih-lebih lagi anak sulung pasti akan teruja untuk mengetahui jantina anak kan?

Baru-baru ni tular di media sosial yang kononnya jantina anak dapat ditentukan dengan mencampur urine ke dalam soda bicarbonate.

Urine + Soda Bicarbonate = berbuih (LELAKI)

Urine + Soda Bicarbonate = tak berbuih (PEREMPUAN)

Sejauh mana kebenarannya? jom kita dengar apa kata Doktor!

BABY BOY ATAU GIRL

Saya menerima kiriman dari seseorang bertanyakan tentang macam mana nak tahu jantina anak dalam kandungan .

Mengandung sulung, terujanya bukan main.

Jawapan yang saya beri amat mudah ‘ Jumpa doktor, nanti doktor check melalui imbasan ultrasound’.

Kemudian dia bertanya ‘boleh ke kalau nak tau jantina melalui pemeriksaan air kencing? ‘

Bila saya selidik punya selidik, rupanya page sampah yang buat hal lagi!

Kali ni di suruhnya mak mak buat petua campur air kencing dengan soda bicarbonate.

Ya! Soda bicarbonate yang guna untuk buat kek tu la…

Tepuk dahi saya!!!

Saya tak tahu nak menangis atau murung. Ada ke air kencing dengan soda bicarbonate yang guna buat kuih tu disuruh campur???

Kalau berbuih = boy
Kalau tak berbuih = girl

Biarlah saya jelaskan asas sains ini pada semua . Sebelum saya ulas lanjut , kita kena faham apa itu alkali dan apa itu asid.

Asid sifatnya masam
Alkali sifatnya pahit

Terlalu berasid tidak bagus.
Terlalu alkali tidak bagus .

Badan kita memang Tuhan dah jadikan sentiasa dalam keadaan yang seimbang tahap asid dan alkalinya. Apa apa jua yang terlebih atau terkurang, organ kita akan berkerja untuk sentiasa memastikan ianya berada dalam keadaan yang optimum.

Kita makan banyak benda bersifat asid , kencing kita akan makin berasid .

Kita banyak makan benda alkali, kencing kita bersifat alkali.

Secara umumnya ;

Kencing kita kebiasaannya bersifat sedikit asid
Soda bicarbonate pula bersifat alkali

Apabila asid dicampurkan dengan alkali, maka proses peneutralan akan berlaku.
Bergantung pada bahan yang dicampur, proses ini mungkin menghasilan gas, haba dan juga garam.

Kalau anda tak percaya cakap saya , anda boleh ambil cuka dan campurkan soda bicarbonate . Buatlah eksperimen ini di rumah.

Lepas buat eksperimen, pastikan tahyul campur air kencing dengan soda bicarbonate untuk tahu jantina bayi di buang dalam tong sampah jauh jauh!

Saya sertakan gambar ehsan google untuk tengok jantina bayi melaui imbasan ultrasound ye!

Dr Nurilyani Bujang
ANTI TAHYUL INFO IBU HAMIL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *