CHE TA HAMIL? JOM DENGAR PENERANGAN PENGURUS CHE TA!

24 OKT- Riuh di internet kononya Che Ta sedang hamil. Setelah mendapatkan penjelasan, Pemilik syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment Afeeq Abd. Wahab, menafikan dakwaan artis naungannya Rozita Che Wan kini sedang mengandung dua bulan.

Menurut Afeeq, perbualan antara  Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta dengan rakannya, pereka fesyen Annas Easkay di laman sosial semalam  yang mengatakan Che Ta bakal menimang cahaya mata keempat hanya gurauan.

“Tidak benar Che Ta mengandung dua bulan, dia dan Annas hanya bergurau sahaja.

“Sebenarnya mereka bercakap mengenai produk  kesihatan Jus Goyang yang dipromosikan Che Ta,” katanya ketika di hubungi Utusan Online sebentar tadi.

Kenyataan Afeeq sekali gus menafikan spekulasi kononnya  Che Ta, 44, kini sedang menantikan anak keduanya bersama suami Zain Saidin.

Dakwaan yang mengatakan selebriti ini hamil tular di laman sosial semalam dan rata-rata peminat mula mengucapkan tahniah kepada dirinya.

Menerusi perkahwinan pertama, Che Ta dikurniakan dua orang anak lelaki Ammar Effendy, 21,  Aniq Ezzra, 19.

Sementara menerusi perkahwinan kedua dengan Zain pula dikurniakan seorang anak perempuan  Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 3 tahun.

 

Sumber : UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *