10 TANDA AWAL KEHAMILAN YANG MUNGKIN ANDA TAK PERASAN!

“Rasa tak sedap badan mungkin nak period kot”

bagi pasangan yang telah berkahwin pasti anda sedang menanti kehadiran cahaya mata tetapi ramai juga yang tidak sedar yang mungkin anda sedang mengandung. Tanda-tanda kehamilan juga boleh muncul seawal kandungan berusia 2-3 minggu ataupun sebelum anda missed period. artikel ini mungkin membantu anda, selamat membaca!

1. SAKIT KEPALA

Paras gula yang rendah boleh menyebabkan sakit kepala apabila sel otak tidak mendapat keperluan yang diperlukannya.

Sakit kepala yang kerap juga adalah tanda awal kehamilan akibat hormon estrogen dan progesteron untuk menyokong pertumbuhan rahim bagi bayi dalam kandungan.

Jika anda bukanlah seorang yang mudah diserang sakit kepala sebelum  berkahwin mungkin ini adalah salah satu tanda anda sedang hamil!

2. MOOD SWING

Perubahan hormon bukan saja akan menjejaskan fizikal anda, tetapi juga mental.

Ini kerana paras hormon ini turut menjejaskan bahagian neurotransmitter pada bahagian otak sehingga menyebabkan emosi anda lebih tidak stabil.

anda mungkin berasa keliru dengan perasaan anda sekarang samada gembira ataupun sedih dan anda mungkin juga menangis tanpa sebab!

3) ALAH TERHADAP MAKANAN

Kira-kira 85% wanita akan berasa alah terhadap beberapa jenis makanan dalam tempoh awal kehamilan atau trimester pertama.

Biasanya, keadaan akan kembali normal dalam trimester kedua atau ketiga. Namun, ada yang akan merasa begini sehingga bayi lahir.

Jangan hairan anda mungkin akan kehilangan selera dan mungkin menjadi loya apabila melihat atau terhidu bau makanan kegemaran anda. Mungkin anda sedang hamil!

4. KERAP KENCING

Apabila anda hamil, lebih banyak darah akan dihasilkan. Pada masa yang sama, buah pinggang juga akan bekerja lebih keras untuk menapis darah ini dan menyebabkan pundi kencing anda sentiasa penuh.

anda mungkin akan ke tandas lebih kerap pada waktu malam dan waktu tidur anda juga akan terganggu tetapi jangan pula taknak minum air sebab malas ke tandas ya! kesian kat baby 😉

5. KETIDAKSELESAAN PADA PERUT

Ada yang akan berasa kembung, senak, dan sembelit apabila mulai hamil akibat perubahan hormon yang menjejaskan sistem pencernaan.

Selain itu, tanda ini biasanya diikuti dengan kerap terkentut, dan asyik sendawa.

Anda mungkin berasa seperti hendak datang bulan jadi cuba bertahan dari mengambil sebarang ubat tahan sakit atau lancarkan period sehingga anda betul-betul pasti yang anda hamil atau tidak!

6. KELETIHAN

Keletihan yang bukan berpunca daripada kerja berat mungkin menandakan tubuh anda sedang bekerja dua kali ganda untuk menyokong pertumbuhan fetus.

Selain itu, peningkatan hormon progesteron di awal kehamilan boleh menyebabkan anda penat dan mengantuk sepanjang masa.

Anda mungkin memerlukan vitamin tambahan ketika ini. Para suami jangan pula marahye kalau isteri tiba-tiba kuat tidur, mereka mungkin sedang mengandung anak anda!

7. PAYUDARA TERASA SAKIT

Apabila anda hamil, hormon akan terus menghantar isyarat kepada tubuh anda supaya dapat bersedia dalam masa 40 minggu.

Ketika ini, saluran darah dalam payudara akan menegang dan mula membesar. Inilah sebabnya payudara akan semakin membesar apabila usia kehamilan semakin meningkat.

Kadangkala, ada yang merasakan simptom ini dalam masa beberapa hari sebelum haid tetapi ramai wanita berpendapat ketidakselesaanya lebih teruk apabila hamil. Elakkan memakai bra yang ketat bagi mengelakkan kesakitan.

8. PENDARAHAN DAN RASA CRAMP

Dalam masa 1 atau 2 minggu sebelum tarikh haid anda, mungkin akan berlakunya sedikit pendarahan sekadar beberapa titik yang dinamakan pendarahan implantasi.

Ketika proses ini, sedikit pendarahan adalah normal dan tidak merbahaya. Anda juga mungkin akan merasa sedikit ‘cramp’ pada bahagian rahim atau perut.

Anda mungkin keliru darah haid ataupun pendarahan implantasi, elak melakukan kerja berat dan banyakkan berehat.

9. KENAIKKAN SUHU TUBUH

Wanita yang ingin merancang untuk hamil biasanya akan merekodkan suhu tubuh badan (basal body temperature) mereka setiap hari.

Ini kerana, akan terdapat perubahan suhu sekitar tempoh ovulasi yang meninggikan peluang untuk berjaya mendapat zuriat.

Selesai tempoh ovulasi, anda akan mendapati suhu tubuh anda akan terus meningkat berbanding biasa apabila telur berjaya disenyawakan.

Elakkan melakukan kerja berat jika anda rasa anda berkemungkinan sedang hamil!

10. LOYA DAN MUNTAH

Ini adalah tanda kehamilan yang selalunya paling tepat dan kerap digunakan sebagai tanda kehamilan. Ini kerana, 75% daripada wanita mengaku akan berasa loya di awal kehamilan, lebih-lebih lagi pada awal pagi.

Namun ada juga yang tidak berasa apa-apa dan melakukan aktiviti seperti biasa.

Loya dan muntah akan menjadikan anda lemah, pastikan anda minum air secukupnya bagi mengelakkan badan anda kehilangan cecair!

Cuba semak tanda-tanda diatas mana tau ada yang sedang mengalami.

Tahniah kami ucapkan kepada yang sedang hamil dan kepada yang masih belum berpeluang untuk hamil teruskan usaha dan tawakal kepada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik perancang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *