BIARLAH MUMMY JADI PARANOID AND KEDEKUT!

SUKA JADI DUKA. CUKUPLAH SEKALI. AKU DAH KENA, KORANG BERINGAT.

Seriusly, cukuplah. Tak sanggup rasanya nak hadap nak kenang apa yang jadi. Bisa kat hati ni tak hilang lagi. Betul betul bagi mamy pengajaran. Biarlah lepasni mamy jadi paranoid and kedekut. Mamy tak kisah orang nak judge mamy kera sumbang atau apa, janji mamy tak menangis kemudian hari lagi.

14hari dah cukup untuk seksa anak sekecil Layyin tanggung sakit disebabkan orang lain. Mamy yang tengok pun azab, lagi yang menanggung.

Sehari lepas Aqiqah Yin dah lemah, mula batuk, selsema, merengek. Mamy tak bawak jumpa doc lagi sebab mamy cuba ikhtiar dulu kat rumah. Mandikan air lemon, guna sterimar and nasal aspirator untuk sedut hingus sebab Yin tak demam lagi pun.
Day by day getting worse. Yin batuk sampai muntah muntah sampai tak larat sangat mamy tengok.

Ramai tertanya kenapa Yin masuk Hosp. Columbia Asia lepastu Hosp. Banting ? Camni.. Yin start tak sihat sehari lepas Aqiqah. Hari isnin tu 2/10. Tapi mamy tak bawak g klinik lagi sebab masih permulaan bagi mamy. So later lah.

After 3days Yin masih tak sihat walaupun dah mcm mcm petua mamy buat. Daddy suruh bawak hospital tapi mamy belum bawak sebab daddy tak ada kat Banting.

5/10 4pagi Yin batuk and sesak nafas, mamy dgn pakngah bawak pergi Hosp. Banting dapat NAB then balik. Doc kata she’s fine. So, OK.

6/10 3pagi Yin batuk sampai sesak nafas lagi, mamy sapu ubat asma je, then dia tertidur sambil mengah mengah (mamy rasa mamy kejam bila fikir balik tak terus bawak hosp). Then 7pagi daddy yin dtg, sbb masatu mamy dgn Yin tidur rumah nenek Yin. Dia bawak pergi Hosp. Columbia. Kat situ kena tahan wad sbb doc kata kahak dia banyak and perlu NAB utk cairkan kahak.

5days in Columbia Asia Hosp. sampai 10/10 Yin mcm ok sikit doc bagi balik sbb mamy ada request utk balik disebabkan tak dpt transfer hosp. Banting.

11/10 1pagi Yin batuk and tercungap, mamy sapu minyak asma je dia tertidur lagi. 3pagi Yin mula batuk teruk and sesak nafas sampai bibir dia biru dah. Daddy terus suruh siap pergi Hosp. Banting. Sampai sana MA bg NAB. Habis NAB she’s still not fine. Doc dtg tengok and cakap anak you sudah sangat teruk. Cepat bawa masuk ke dalam letak dia atas katil situ. Bukak baju dia.

That time dah mcm cacing kepanasan lah mamy,  laju gila doc tu kesana kesini ambik itu ambik ini pasang sana sini. Cucuk Layyin sana sini. Gila mamy punya otak masatu tah fikir apa dah.

Tak lama doc kanak kanak sampai, jumpa mamy tanya mcm mcm kat mamy daddy. Mintak ubat dr Hosp. Columbia and siasat mcm mana cara dia rawat Yin kat sana. Tanya Yin nangis memang tak ada air mata ke apa semua. Rupanya Yin dah dehydrate sebab Yin kurang menyusu sepanjang sakit and kat Hosp. Columbia doc and nurse tak on drip utk bantu badan dia dari dehydrate. Yin mula dicucuk macam macam ubat tah apa benda. Mamy yg azab nak tengok. Bla bla bla kat kecemasan, Yin ditolak masuk wad 4.45am.

Dalam wad Doc pakar pulak datang siasat kes Layyin. Rupanya Yin kena jangkitan Batuk kokol / Pertussis. Penyakit ni dibawa oleh orang dewasa dan kanak kanak, tapi penghidapnya kanak kanak. Berpunca dari orang orang yg tak sihat. Dan penyakit ni penyakit bervaksin. Jadi semua bil hospital Layyin percuma walaupun Layyin anak Gov staff, GL daddy dia tak diguna pun sebab semua ditanggung kerajaan.

Jadi bagi yang tak faham lagi, Yin bukan demam batuk selsema biasa tp dia kena jangkitan virus bervaksin yg perlu dikuarantin. Terima kasih lagi sekali yang tag mamy, pm mamy and bg cadangan mcm mcm cara utk sembuhkan Layyin. Mamy will try next time if perlukan. Thankyou in advance.

Mamy and daddy yin pun kena makan antibiotik yg dibekalkan hospital disebabkan benda tu virus.

Yang ada anak anak kecik, duduk je rumah diam diam. Kurangkan berada dalam kelompok orang yg ramai. Mungkin rasa terkurung. Tapi tu lebih baik daripada kita murung tengok anak sakit. Azab sungguh.

Well, Daddy Yin non-smoker tapi tak semestinya anak tu terhindar dari penyakit. Penyakit tu kita taktahu siapa pembawa. As mom and dad mmg kita kena sentiasa beware.

Lepasni memang siapa nak dekat anak aku make sure diri kau 100% bersih. Lagi bagus kalau nak pegang anak aku mandi dulu bersih bersih baru sentuh. Tolong hormat mak bapak yg ada anak kecik. Sebab aku tahu ramai je orang sekeliling yg ada anak kecik pun tp tak pentingkan kesihatan anak tu. Merokok depan anak pun selamba. Kalau kau tak syg anak kau, kau punya hal. Tapi anak aku, aku yg tentukan siapa boleh pegang. Asap rokok ni sgt bahaya utk kanak kanak, boleh menyebabkan pneumonia. Tak pernah kena boleh buat sambil lewa, dah kena, merasa lah kau.

Semoga bermanfaat untuk parents yang lain. Mamy share just untuk peringatan. Layyin Izz’Yara, mamy and daddy kira orang yg bertuah sebab Allah izinkan untuk sembuh semula. Orang lain, dah bawa maut baru nak ada kesedaran. Tolong lah sayang nyawa anak kita. Bukan senang nak lahirkan anak tu.

Alhamdulillah, Layyin semakin sihat. Senyum gelak tawa dia dh kembali jadi milik mamy. Semoga terus sihat mcm biasa hendaknya.

 

Hasil perkongsian : DEA EYDRUS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *