8 BENDA YANG DIPERBUAT DARI TUBUH MANUSIA YANG ANDA TAK SANGKA!

Menggunakan bahagian-bahagian tubuh manusia untuk tujuan tertentu sememangnya pilihan segelintir budaya di dunia. Walaupun aneh, objek berikut dicipta dari bahagian badan kita yang anda tahu.

Berikut adalah beberapa objek yang diperbuat daripada bahagian tubuh manusia.

  1. PAKAIAN, AKSESORI DAN KARYA SENI DARI RAMBUT

Aksesori dan perhiasan yang dibuat dari rambut yang pernah popular digunakan di era Queen Victoria. Ia dianggap sebagai kenang-kenangan bagi mereka yang paling dekat dengan kita yang sudah meninggal.

Walaupun dianggap sebagai perkara yang telah berlalu, ternyata cara ini masih digunakan oleh beberapa designer. Salah satunya ialah kacamata rambut yang dibuat oleh Designer Alex dan Azuka dari Studio Swine.

Terdapat seorang artis bernama Zhu Tian yang membuat kasut yang unik dengan campuran kulit dan warna rambut manusia. Designer Fantich & Young juga pernah membuat pakaian dari rambut manusia. Selain itu, seorang pendandan rambut bernama Huang Xin dari China juga membuat karya seni yang dibuat hasil dari rambut klien.

  1. AKSESORI DARI GIGI

Adakah anda masih mempunyai gigi yang tercabut? Mungkin anda boleh menjualkan gigi tersebut kepada syarikat perhiasan Extollo yang terletak di Atlanta,US. Syarikat ini membuat aksesori khas yang diperbuat daripada gigi manusia. Terdapat juga aksesori daripada gigi haiwan. Jangan bimbang, gigi yang digunakan dalam perhiasan mereka telah dibersihkan terlebih dahulu.

Selain dibuat sebagai perhiasan, artis Polly van der Glass juga membuat senjata rivet atau senjata khas yang dibuat dari geraham manusia.

  1. LUKISAN DAN LUKISAN BUKU DARI KULIT MANUSIA

Menyiat kulit manusia, kedengarannya sangat menakutkan. Walau bagaimanapun, seorang artis Amerika bernama Andrew Krasnow mencipta karya seni dari kulit manusia. Dia mendapat kulit manusia dari mayat yang mendermakan tubuhnya untuk sains. Dalam karya seninya dia telah membuat lamp shades, peta, sehinggalah kasut.

Terdapat juga Muzium Mutter di Philadelpia, yang mengumpul buku yang diperbuat daripada kulit manusia.

  1. UKIRAN DARAH

Pengukir, Marc Quinn membuat ukiran kepala dari darahnya sendiri. Untuk membuat seni, dia perlu menunggu selama lima bulan dan membekukan darah tersebut, suapaya senang dicetak dan dibentuk sebagai kepala. Galeri Nasional di UK pada tahun 2006 lalu memaparkan karya Quinn.

  1. ALAT MUZIK

Selama beratus-ratus tahun, para bhiksu di Tibet sering menggunakan tulang paha manusia untuk digunakan sebagai alat musik suling (flute) bernama Kangling. Pemilihan tulang itu sendiri tidak dipilih secara sembarangan, para biksu biasanya menggunakan tulang mereka yang menjalani kehidupan yang suci. Biasanya mereka akan menggunakan alat muzik ini untuk upacara keagamaan.

  1. LEMAK MANUSIA SEBAGAI BAHAN BAKAR

Pasukan penyelidik di New Zealand telah mencipta bahan api mesra alam yang mengandungi campuran bahan lemak manusia. Sebenarnya, lemak tersebut didapatkan dari pasukan itu sendiri selepas mereka melakukan pembedahan sedut lemak. Uji kaji kapal yang membakar lemak mereka didapati berjaya dan telah dibuktikan.

  1. PEWARNA MUMIA (MUMMY)

Bahagian badan mumia Mesir sering dicampur dengan bahan-bahan tertentu untuk mendapatkan warna coklat yang tersendiri. Kaedah ini digunakan sehingga abad ke-19. Walau bagaimanapun, penggunaan warna ini telah dihentikan kerana bilangan mumia semakin berkurang.

  1. AIR KENCING DAN NAJIS UNTUK UBAT

Percaya atau tidak, air kencing adalah salah satu bahan mentah yang pernah digunakan dalam bidang perubatan. Salah satunya adalah ubat untuk kesuburan wanita. Biasanya ubat kesuburan adalah popular di kalangan wanita yang mendekati menopaus.

Untuk najis pula, setelah dicari ia akan digunakan sebagai antibiotik untuk penyakit kanser Clostridium. Walaupun menggunakan hasil pembuangan manusia, hanya najis yang memenuhi kriteria akan dipilih dan diekstrak sebagai alternatif untuk merawat penyakit ini.

One thought on “8 BENDA YANG DIPERBUAT DARI TUBUH MANUSIA YANG ANDA TAK SANGKA!

  • December 29, 2017 at 11:08 am
    Permalink

    I see you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic, you can earn additional bucks every month because you’ve got hi quality content.
    If you want to know how to make extra money, search for: Boorfe’s tips best adsense alternative

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.