PANTANG LARANG KETURUNAN JAWA YANG TAK MASUK AKAL!

Pantang larang Melayu keturunan Jawa yg tak dapat di terima oleh akal manusia… adakah anda setuju?

1- Tak baik cium tangan budak kecik sebab nanti bila besar jadi orang yang suka meminta-minta.

2- Masa mengandung tak baik duduk kat tunggul (akar pokok) takut masa bersalin nanti susah baby nak keluar takut melekat cam tunggul tu gak.

3- Pernah dengar lagu jalil hamid pasal ayam? banyak part ayam yang tak dibenarkan makan oleh org2 tua seperti jangan makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam(murai). Jangan makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng. Jangan makan kepak ayam nanti kahwin dpt org jauh.

4- Pantang larang nie im takut sangat masa kecik2 dulu. Bila makan kaki jangan suka digoyang-goyang(terutamanya makan atas meja) nanti kakinya kene ikat dengan setan. Nenek im yg cakap cam tu, pastu im cakap kalau setan ikat takpeh boleh bukak sendiri(kes melawanlah nie), nenek im cakap setan ikat mana nak nampak tali tu sebab setan kan ghaib, bila takleh bukak jadi lumpuh baru tau. hehehehe. masa tu baru terfikir seram gak.

5- Budak kecil (baby) tak boleh diberi bunga nanti makan najis (tahi). ??

6- Jangan pukul org dengan penyapu nanti sial (yang kena pukul).

7- Pantang larang ni macam keterlaluan sikit mungkin ader unsur-unsur khurafatlah. Tak boleh buat kenduri kahwin pada hari dimana hari tersebut jatuh pada hari keluarga terdekat meninggal dunia. Cth kalau mak kita meninggal dunia hari ahad tak boleh buat kenduri kahwin hari tersebut sampai bila2 takut nanti ader bala yang menimpa. Lagi satu tak boleh buat kenduri @ apa2 keramaian pada bulan safar, takut bala menimpa.

8- Tak boleh kahwin ngan jiran yang dapur rumahnya mengadap antara satu sama lain nanti jodoh tak panjang.

* Sepertimana diceritakan oleh seorang warga keturunan Melayu Jawa

Sumber

One thought on “PANTANG LARANG KETURUNAN JAWA YANG TAK MASUK AKAL!

  • June 23, 2018 at 3:23 am
    Permalink

    Ia tidak masuk akal tetapi ramai yang mempercayainya.
    Termasuk saya sehingga kini tidak berani makan tongkeng ayam 😀

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *