FINGER FOOD UNTUK BAYI ANDA!

Apa itu finger foods untuk bayi?

Finger foods adalah makanan yang bersaiz kecil, senang untuk si manja anda gigit, dan makan. Memberi anak anda finger food boleh membantu mengembangkan kemahiran motor halus dan koordinasi mereka.

Walaupun comot, jangan risau. Biarkan anak anda merasai pengalaman penting secara praktikal ini.

Bila patut saya perkenalkan finger food kepada bayi saya?

Bayi anda akan bersedia untuk menyuap makanan sendiri pada umur 8 ke 9 bulan – dan mula mahu mengambil sudu semasa disuap atau mahu mencapai makanan di dalam pinggan.

Pada mulanya, bayi anda akan menggenggam makanan dan suap kedalam mulutnya sendiri, tetapi dengan latihan, si kecil anda akan belajar menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil makanan. Kemahiran motor halus ini dipanggil genggaman pincer.

Apakah cara-cara untuk memperkenalkan finger food kepada bayi saya?

Letakkan beberapa ketul finger food di atas tray kerusi si kecil anda dan tambahkan lagi semasa bayi anda sedang makan.

Melatih bayi anda untuk makan di kerusi tinggi dapat mengelakkan risiko tercekik dan dapat mendisiplinkan mereka untuk menjadikan kerusi tinggi sebagai tempat untuk makan.

Apakah makanan terbaik untuk dijadikan finger food?

Bayi anda mungkin mempunyai selera makan yang tinggi, namun bayi anda belum mempunyai gigi yang lengkap. Jadi, mulakan dengan makanan yang senang larut hanya dengan mengunyah menggunakan gusi. Semakin mereka membesar, anda boleh memberikan mereka secubit makanan yang anda makan.

Ingatlah untuk memberi mereka kepelbagaian kerana si kecil anda sedang mempelajari tekstur makanan, warna, dan aroma semasa menyuap diri sendiri. Elakkan memberi bayi anda makanan manis seperti kek, cookies, atau snek yang tinggi lemak seperti cheese puff. Si kecil anda memerlukan makanan yang tinggi nutrien, bukan kalori kosong.

Makanan yang anda berikan, mestilah mudah untuk bayi anda tetapi tidak mendatangkan kemungkinan tercekik. Sayuran mestilah dimasak terlebih dahulu supaya lembut untuk dikunyah, dan semua makanan harus dipotong kecil. Sebiji buah anggur juga terlalu besar untuk bayi anda dan boleh mendatangkan risiko tercekik, jika tidak dipotong.

Pastikan untuk memilih makanan yang sesuai untuk umur bayi anda. Pakar selalu mengatakan bahawa anda tidak patut berikan bayi kecil telur, ikan, atau produk yang mengandungi kacang kerana bayi kecil mungkin boleh terkena alahan. Namun, research terbaru dari American Academy of Pediatrics menjumpai tiada bukti yang mengatakan bayi boleh terkena alahan daripada pengenalan awal kepada makanan tersebut. (Kecuali peanut butter – kerana ia terlalu pekat untuk ditelan secara selamat oleh bayi kecil.)

Sesetengah doktor masih lagi menyarankan ibu bapa untuk berhati-hati semasa mengenalkan makanan kepada bayi mereka. Jika anda risau bayi anda terkena alahan daripada mana-mana makanan, perkenalkan satu-satu makanan kepada mereka dan perhatikan jika ada sebarang reaksi alahan.

Senarai finger food yang menjadi kegemaran:

  • Bijirin oat berbentuk O yang dipanggang atau bijirin kurang gula yang lain
  • Kepingan roti atau bagel kecil yang dipanggang (disapu bersama puree sayur untuk vitamin tambahan)
  • Ketulan kecil pisang atau buah-buahan masak seperti mangga, plum, buah pir, buah pic,tembikai susu, dan tembikai tanpa biji
  • Kiub tauhu kecil
  • Pasta yang dimasak lama dan dipotong kecil
  • Keju lembut yang dipotong kecil
  • Telur rebus yang dicincang
  • Prun yang direbus dan dilenyek
  • Cebisan kecil sayuran yang dimasak lama, seperti carrot, kacang peas, timun, atau ubi keledek
  • Brokoli atau kubis bunga kecil yang dimasak lama
  • Ayam, daging lembu, atau daging lembut lain yang dipotong kecil

 

Sumber: motherhood

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.