(VIDEO) ABAM BOCEY MALU MANJA DENGAN ISTERI DI DEPAN KAMERA!

Alhamdulillah, pelawak iaitu Abam (Bocey) pada Jumaat selamat bergelar suami kepada Siti Norhidayah Mohd Ali dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor pada pukul 5.35 petang.

Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 29, dinikahkan oleh Imam Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Kamal Sahlan yang mewakili bapa pengantin perempuan, Mohd Ali Bahtin.

Majlis itu juga menyaksikan Abam menyerahkan RM3,000 sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pengantin perempuan turut menyerahkan sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak lelaki.

Majlis tersebut dihadiri oleh kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan media.

Sementara itu, pasangan berkenaan ketika ditemui memberitahu mereka lega majlis pernikahan telah selesai dan berjalan lancar serta berdoa agar perkahwinan mereka akan kekal buat selama-lamanya.

“Syukur Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan dan ini adalah hari paling bahagia buat kami berdua.

“Doa saya agar perkahwinan ini diberkati dan akan kekal sehingga akhir hayat,” katanya.

Siti Norhidayah Mohd Ali (kanan).

Abam telah menghantar rombongan merisik Siti NorHidayah, 25, pada bulan September lalu.

Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan akan diadakan pada Sabtu (9 Disember) dan majlis menyambut menantu akan diadakan pada 20 Januari, di kediaman Abam, di Gombak.

Ayuh kita saksikan sekitar majlis pernikahan pelawak ini, Nak tahu juga, apa membuatkan hati Abam terbuka menerima Hidayah sebagai isteri ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.