MAUT DENGAN TRAGIS PATAH TENGKUK .. STATUS SHIMAH SESEOLAH TAHU AJAL NYA

Rompin : Status sebelum kematian undang pilu, Shima memuat naik status pada 13 nov lalu yang mana dia memuat naik foto nya dengan ucapan Cakkk .. Morning Bakal-bakal Jenazah itu menandakan seseolah dia sudah tahu ajal akan menjemput nya.

Seorang kerani terbunuh selepas kereta PERODUA Viva dinaiki bersama enam saudaranya merempuh sebatang pokok di Kilometer 107 Jalan Kuantan – Segamat, berhampiran Ladang Darateh, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.50 petang itu, mangsa penumpang hadapan, Norashimah Mihat, 35, berasal dari Kampung Rekoh Baru, Muadzam Shah, di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, pemandu kenderaan itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, Irfan Fahmi Ideham, 19, dan penumpang belakang, Normala Mohamed, 34, pula mengalami kecederaan parah.

Katanya, dua lagi penumpang belakang iaitu Nur Nazatul Isma Ahmad Faizal, 10, dan Muhammad Fakrul Hakimi Imrol, 12, hanya cedera ringan manakala tiga lagi penumpang tidak cedera.

“Siasatan mendapati kenderaan dinaiki mereka dalam perjalanan ke Muadzam Shah dari Kuantan, ketika di lokasi kejadian ia terbabas ke bahagian kiri jalan dan melanggar sebatang pokok.

“Ketika kejadian keadaan cuaca hujan dan permukaan jalan rata, semua mangsa dibawa ke Hospital Rompin dengan bantuan orang awam.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semoga keluaarga arwah tabah, abang nya melalui laman sosialnya amat terasa permergian adik nya yang disifatkan seorang yang sangat mesra dan periang dalam keluarga, kini tiada lagi gelak tawa shimah pergi dijemput ilahi. Al fatihah.

Sumber

One thought on “MAUT DENGAN TRAGIS PATAH TENGKUK .. STATUS SHIMAH SESEOLAH TAHU AJAL NYA

  • June 24, 2018 at 4:41 am
    Permalink

    apakah status yang di buat oleh shimah di tulis beberapa jam setelah kejadian tersebut?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *