KEJAM! BAYI 4 BULAN DIDERA SEHINGGA PATAH PEHA LEBAM MUKA!

Disember 2017 USJ1

Anak sedara ambo baru saje berusia 4 BULAN tapi diperlakukan dengan penuh kejam sehingga LEBAM MUKA dan PATAH PAHA!

Tidak dapat dibayangkan apa yang dilalui oleh bayi ini sehingga patah paha. Apa salah bayi yang baru mengenal dunia 4 bulan????
Menangis dari petang sampai ke malam sehingga tiada suara.
Cuba merayu-rayu tanpa suara….
Cuba mengharapkan pertolongan umi dan abinya…
Sehingga kakinya membengkak kebiruan…
Akhirnya Dr sahkan paha anak kecil ini patah dua!
Azabnya ya Allahhhhh….

Mohon sahabat-sahabat semua mendoakan kesembuhan anak sdara ambo. Sihat seperti sedikala walaupun Doktor yang merawat bayi memberitahu kemungkinan bayi ini tidak boleh berjalan sempurna seperti kanak-kanak lain
Mohon doa semua

Mohon pertolongan sahabat yang kenal peguam yang boleh memberi khidmat ikhlas yang boleh membawa kes ini ke hadapan demi masa depan anak kecil yang tidak berdosa ini boleh hubungi ambo sendiri Cekgu Jie . Moga ada keadilan untuk mangsa.

Kes ini telah dilaporkan kepada pihak polis. Diharapkan pihak polis dapat melakukan siasatan seadilnya dan mendakwa P yang tidak berhati perut ini!

Ingtan untuk ibu bapa di luar sana. Berhati-hatilah dengan pengasuh anak anda. Selidiklah pengasuh anak anda sebaik-baiknya. Berhati-hatilah dengan sandiwara baik dihadapan kita tapi di belakang dialah syaitan bertopengkan manusia.

#PRAYFORAFFAN

Sumber :
Cekgu Jie@HospitalShahAlam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *