BOSAN DIDESAK BELI KERETA, SUAMI KERAT DAN BAKAR ISTERI

Siti Saadah dibunuh suaminya Kholil susulan pertengkaran membabitkan isu pembelian kereta yang seterusnya beralih kepada permasalahan susu anak dan orang tua mereka.

BOSAN dengan rengekan isteri yang mengidamkan sebuah kereta, seorang suami di Indonesia bertindak kejam membunuh, mengerat dan membakar mayat pasangannya itu sebelum membuangnya.

Isteri malang tersebut Siti Saadah, 21 tahun, dibunuh suaminya Kholil susulan pertengkaran membabitkan isu pembelian kereta yang seterusnya beralih kepada permasalahan susu anak dan orang tua mereka, lapor portal tempatan Indonesia.

Kholil yang membunuh, mengerat dan membakar mayat isterinya dalam satu kejadian tragis di Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Mengikut laporan, Kholil yang bekerja sebagai budak pejabat dikatakan tertekan dengan permintaan isterinya yang disifatkan keterlaluan lalu mengambil langkah mudah dengan ‘mendiamkannya’.

Kejadian yang berlaku pada 4 Disember lalu itu terbongkar pada 13 Disember apabila polis Jakarta dalam siasatan mereka berasa ragu dengan kenyataan Kholil yang mendakwa isterinya hilang.

Setelah didesak, Kholili akhirnya mengaku membunuh isterinya. Dia turut menunjukkan tiga lokasi di mana dia membuang cebisan mayat isterinya.

Menurut polis, kepala dan kedua-dua kaki mangsa dibuang di tiga tempat berbeza iaitu di kawasan air terjun di Kampung Loji, daerah Tegalwaru, dan Bogor di Jawa Barat.

Sebelum ini, pasangan berkenaan difahamkan begitu bahagia dan sering memuat naik gambar kemesraan mereka di Instagram.

Siti Saadah (kanan) dibunuh suaminya Kholil

Muhammad Kholil, 23, mengaku membayangkan wajah anak mereka yang berusia dua tahun ketika dia membunuh wanita yang pernah dicintainya itu – Siti Saadah, 21.

“Sewaktu saya mengerat tubuh Siti, saya hanya teringat anak. Saya menangis terbayangkan anak,” kata Kholil kepada Pesuruhjaya Polis Karawang, Rano Hadianto, seperti yang dilaporkan portal berita tempatan.

Menurut Kholil, anak yang terhasil sejak pernikahan mereka pada tahun 2015 tersebut, kini dalam jagaan orang tuanya di Bogor.

Dalam kejadian pada Isnin minggu lalu itu, Kholil berkata, pertengkaran mulut dengan isterinya berlanjutan hingga melibatkan aksi kekerasan.

Dia mendakwa lehernya dicekik Siti terlebih dahulu dan dia membalas dengan memukul leher siti sebanyak dua kali.

Akibat pukulannya itu, Siti jatuh tidak sedarkan diri.

Terkejut dan panik dengan situasi itu, Kholil sempat memeriksa nafas dan denyut jantung Siti, namun ternyata sudah terhenti.

“Saya bingung, lalu saya tutup mulutnya menggunakan pita pelekat,” akuinya.

Sehari kemudian, Kholil membuat keputuan untuk mengerat tubuh isterinya kepada tiga bahagian – kepala, badan dan kaki – menggunakan golok.

Seterusnya dia membuang kepala dan kaki Siti ke daerah Tegalwaru, sementara badan Siti dibuang ke Desa Ciranggon.

Bimbang keratan mayat isterinya itu ditemui orang awam, Kholil datang kembali keesokan hari untuk membakarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.