MISTERI DISEBALIK PATUNG HELLO KITTY YANG MENYERAMKAN!

Anak Patung Hello Kitty, siapa yang tidak mengenali karakter yang comel ini? siapa yang melihat pasti akan jatuh cinta bukan? namun disebalik rupa yang comel itu ada kisah yang menyeramkan. Dikatakan Hello Kitty yang pertama dihasilkan pada tahun 1970 oleh seorang wanita di Jepun.

Hello Kitty merupakan karakter berbentuk Kucing Putih namun pernahkah anda terfikir kenapa Hello Kitty tidak mempunyai mulut? Baca untuk ketahui kisah sebenar kenapa Hello Kitty tidak ada mulut!

Menurut Sejarah, Hello Kitty dihasilkan padan tahu 1970 oleh seorang wanita yang memiliki seorang anak perempuan berumur 14 tahun dan disahkan menghidap Kanser mulut. Doktor memberitahu kepada ibunya bahawa  keadaan anak perempuannya sudah tenat. Mereka mengesahkan tiada jalan lain untuk merawatnya.

Tetapi si ibu tidak dapat menerima kenyataan. Beliau mengunjungi setiap gereja yang ada di kota itu untuk berdoa demi kesembuhan anaknya namun semuanya tidak membuahkan hasil sehingga beliau berasa putus asa. Lalu si ibu yang sudah buntu terus melibatkan diri dengan ritual supranatural dan perjanjian dengan iblis demi menyelamatkan nyawa anaknya.

Untuk menyembuhkan kanser anaknya, Iblis meminta sebuah bayaran iaitu si ibu harus mencipta suatu karatker yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di seluruh dunia. Iblis itu ingin menggunakan populariti karakter kartun tersebut bagi memerangkap mereka masuk ke dalam penyembahan setan.

Sehinggalah anaknya itu sembuh dari penyakitnya, si ibu terpaksa berusaha untuk menepati janjinya. Dia menghasilkan Hello Kitty. Sesuai dengan bentuknya, Hello Kitty yang digambarkan tidak memiliki mulut kerana hal ini mengingatkan pada anak gadisnya yang pernah menghidap kanser mulut.

Setelah itu, sesiapa yang membeli Hello Kitty bererti akan membenarkan setan masuk ke dalam hati mereka. Kini, para pemuja setan diseluruh dunia memakai Hello Kitty sebegai satu simbol rahsia dan sesetengah dari mereka menggunakan tattoo Hello Kitty pada tubuh mereka. Pemuja setan melakukan itu sebagai tanda diri mereka “Anak Gadis Iblis”

Jadi sudah terjawablah kenapa patung Hello Kitty tidak mempunyai mulut. Sejauh mana kebenaranya admin pun tidak pasti tetapi nasihat admin minat boleh tetapi jangan sehingga obses ya!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *