Bunuh Diri Punca Lawan Arus – Lelaki Warga Emas Dibebaskan

KUALA LUMPUR:  Seorang lelaki warga emas yang dipercayai cuba membunuh diri dengan memandu dalam keadaan melawan arus dari arah Pantai Dalam menuju ke Subang, di Lebuhraya Baru Pantai (NPE), di sini, petang semalam sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata suspek berusia 76 tahun itu dibebaskan kira-kira pada jam 10.45 malam tadi.

“Suspek, seorang bekas kontraktor kecil yang berasal dari Kuala Lumpur, dibawa ke Bahagian Siasatan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 8 malam untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan kita dapati suspek nyanyuk, mempunyai masalah pendengaran dan sering tersesat apabila keluar dari rumah.

“Kita sudah rakam keterangan daripada suspek dan dua anak lelakinya, dan kita bebaskan suspek dengan jaminan polis, bagaimana pun siasatan polis tetap diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, BH Online melaporkan menerusi satu video berdurasi 5.06 saat yang tular di laman sosial sejak pagi tadi, sebuah kereta Perodua Axia, berwarna putih, dipandu secara melawan arus di Lebuhraya NPE kira-kira jam 4.50 petang.

Dia dipercayai melalui susur masuk ke Lebuhraya NPE di Jalan Petaling, sebelum memusing keretanya dan melawan arus di laluan Subang menuju ke arah Pantai Dalam.

Tindakan itu disedari beberapa petugas dan anggota peronda lebuhraya dan terus mengekori warga emas terbabit dengan bantuan beberapa orang awam yang menunggang motosikal.

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.