BILIONAIR, PENGASAS IKEA MENINGGAL DUNIA

STOCKHOLM 28 Jan. – Bilionair yang juga pengasas syarikat pe­rabot gergasi IKEA, Ingvar Kamprad meninggal dunia akibat sakit tua ketika berusia 91 tahun, hari ini.

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan, pemergian Kamprad adalah sesuatu yang menyedihkan.

“Kami akan sentiasa meng­ingati dedikasi dan komitmen beliau terhadap orang ramai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Kumpulan Inter IKEA, Torbjorn Loof.

Dilahirkan pada 30 Mac 1926 di selatan wilayah Smaland, Sweden, Kamprad mengasaskan syarikat itu pada usia 17 tahun.

Kejayaan awal Kamprad bermula selepas menawarkan harga rendah bagi menyaingi pesaing sedia ada.

Ketika berusia lima tahun, Kamprad mula menampakkan minat terhadap dunia perniagaan apabila menjual mancis di kawasan kejiranan dan kemudiannya mempelbagaikan barang jualan seperti hiasan pokok Krismas, pensel dan pen.

“Beliau seorang usahawan yang berjaya dan kuat bekerja. Beliau bekerja sehingga akhir hayatnya.

“Legasi perniagaan beliau akan sentiasa dikagumi selama bertahun-tahun dan visi beliau mewujudkan kehidupan harian yang lebih baik kepada kebanyakan orang akan berterusan bagi memberi inspirasi kepada semua,” jelas IKEA. – AFP

Sumber – Utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.