Cucu maut terkena sabit kelapa sawit datuk!

BAGAN DATUK 31 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut setelah terkena mata sabit yang digunakan pada alat pengait kelapa sawit dalam kejadian di sebuah kebun kelapa sawit di Sungai Tiang Darat di sini hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Riduan Hakim Abd. Rashid menemani datuknya mengait kelapa sawit di kebun berkenaan.

 

Bagaimanapun katanya, sabit yang digunakan datuknya itu telah terjatuh bersama buah sawit sebelum melantun dan terkena bahagian kiri dada murid darjah enam di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat itu.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Sungai Batang di sini namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

 

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.