SAYU – NORMAN HAKIM MENANGIS IRINGI ANAKNYA, LONGLAI DIBAHU ANAKNYA

SEPOTONG video pelakon Norman Hakim mengiringi anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim ke Turki untuk memulakan pengajian hafazan tular sekali gus mengundang sebak netizen.

Norman yang selama ini dikenali dengan imej macho akhirnya mengalirkan air mata ketika berada di samping anaknya di lapangan terbang.

Lebih pilu, video yang dirakamkan oleh Abby Abadi itu turut disunting berlatar belakangkan lagu Bayang (Khai Bahar).

Norman turut berkongsi pengalaman pertama melepaskan anaknya, Danish, 15, berjauhan menerusi dalam Instagramnya.

“Selama bertahun saya yg selalu pujuk dia. Dari saat dia masuk asrama untuk memulakan pengajian hafazan, saat tiap kali hantar balik ke asrama bila dia sedih, bahu saya tempat dia bersandar untuk meluahkan rasa dan air mata.

“Tapi hari ini dalam sejarah, semuanya jadi terbalik. Saya yang longlai kat bahu dia. Ber’tan’ air mata jatuh sampai basah baju dia.

“Emosi saya berbolak balik terutama seminggu sebelum sampai ke hari ni. Hari jadi hening. Cuaca terik pun jadi bening

“Baru saya sedar dia lagi ‘kuat’ dari saya. Anak ini dah bersedia untuk ‘menakluk akhirat’ di dunia yang sementara.

“Fizikal mungkin sama, tapi jiwa dan mental dia lagi kental kuat berganda sebab kelebihan dia, Al-Quran dah ada dalam dada. Dia dah tak takut apa kecuali yg Maha Esa.

“Ampun maaf abang, rupanya papa tak ‘sekuat’ yang disangka. Semoga Allah ampunkan khilaf papa ini,” tulis Norman.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.