KAJANG – Mayat wanita tanpa identiti ditemui dalam sebuah bilik hotel

KAJANG – Mayat seorang wanita tanpa identiti dijumpai dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah di sebuah bilik Hotel di Jalan Kasturi 3, Balakong di sini hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima maklumat daripada pekerja hotel berkenaan kira-kira 2.10 petang.

CHERAS 06 FEBRUARI 2018. Anggota polis membawa keluar mayat seorang wanita yang tidak mempunyai sebarang identiti selepas ditemui mati dibunuh dengan tiga kesan hentakan di kepala di sebuah hotel dekat Jalan Kasturi, Balakong. NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

 

“Pekerja hotel berkenaan melaporkan kepada polis selepas wanita berusia kira-kira 30-an terbabit tidak mendaftar keluar daripada bilik berkenaan sejak pukul 12 tengah hari tadi.

 

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala berdasarkan tiga kesan tetakan yang terdapat pada belakang kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.