KAPAL CARI MH370 ‘HILANG’ TIGA HARI

LONDON – Sebuah kapal carian canggih yang dihantar untuk menjejaki pesawat MH370 dilaporkan hilang dari radar selama tiga hari, sekali gus mencetuskan teori konspirasi baharu.

Kapal Seabed Constructor dilengkapi Sistem Pengesanan Automatik (AIS) itu hilang secara misteri pada 31 Januari lalu selepas ia mematikan sistem pengesanannya.

Kapal yang  meninggalkan Pelabuhan Durban di Afrika Selatan pada 2 Januari lalu itu bagaimanapun berjaya dihubungi semula, malam semalam selepas melalui 80 jam perjalanan tidak didokumentasikan.

 Kapal Seabed Constructor hilang secara misteri selama tiga hari selepas meninggalkan Pelabuhan Durban pada 2 Januari lalu.

Punca kehilangannya secara sementara kapal itu yang telah melakukan ekspedisi selama 10 hari masih tidak jelas.

Difahamkan, kapal terbabit memeterai kontrak ‘tak jumpa, tiada bayaran’ oleh syarikat khusus dalam mengumpul data dasar laut geofizik berpusat di Texas, Ocean Infinity.

Ia merancang untuk menggunakan peralatan pengimbasan sonar untuk mencari pesawat tersebut yang hilang ketika membawa 239 penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Menurut laporan Fox News, syarikat berpusat di Amerika Syariakt itu turut ditawarkan lebih AS$55 juta (RM214.9 juta) jika ia menemui pesawat MH370 itu dalam tempoh 90 hari. – Agensi

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.