SOFI JIKAN DITAHAN POSITIF DADAH KETIKA CUBA MEMBERI KETERANGAN TENTANG LAPORAN FARID KAMIL!

SOFI JIKAN DITAHAN POSITIF DADAH!

PETALING JAYA – Pelakon filem KL Gangster, Sofi Jikan ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Suspek diberkas di Balai Polis Mutiara Damansara malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

Dalam laporan tersebut, Farid didakwa mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik meletakkan dadah dalam minumannya.

Sofi Jikan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

 

TERDAHULU-

Pada 5/2/2018, Pelakon Sofi Jikan enggan mengulas laporan polis yang dibuat oleh Farid Kamil-

KUALA LUMPUR – Pelakon Sofi Jikan mendakwa dirinya tahu tentang kemurungan dan masalah yang dihadapi oleh pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sehingga lelaki itu bertindak ganas dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, pelakon filem KL Gangster enggan mengulas tentang laporan polis yang dibuat Farid pada 31 Januari lalu apabila mendedahkan tiga rakan artisnya merupakan dalang di sebalik kejadian tersebut apabila meletakkan dadah dalam minumannya.

Sebagai rakan rapat yang sentiasa bersama, Sofi menyifatkan Farid ‘sedang sakit’ ketika membuat laporan polis pada 31 Januari lalu berhubung rentetan kejadian itu.

“Saya tahu dia sedang sakit dan apa yang sedang dialaminya. Saya kasihan padanya.

“Tiada komen. Lagipun perkara ini isu sensitif dan di bawah undang-undang. Kalau saya cakap lebih-lebih, nanti orang akan tuduh juga,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.