SAKIT PENYANYI ZAMANI SEMAKIN SERIUS

Penyanyi Zamani akhirnya mendedahkan penyakit yang dihidapinya selama ini!

Penyanyi Zamani Ibrahim mendedahkan sakit tulang belakang bengkok yang dihidapinya menjadi lebih serius hingga memerlukan rawatan rapi.

Begitupun, pelantun Gerimis Mengundang ini lebih selesa merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan peminatnya kerana tidak mahu mereka susah hati.

Di ketika ini, bekas penyanyi kumpulan Slam itu hanya mampu menelan ubat sakit bagi meredakan penderitaannya.

“Saya sudah lama menderita penyakit ini tetapi saya lawan dengan makan ubat tahan sakit dibekalkan oleh doktor. Sakit ini semakin teruk dan sudah membawa ke perut,” kata Zamani, 47, kepada Harian Metro.

Beliau yang sepatutnya disaran untuk menjalani pembedahan bagaimanapun enggan berbuat demikian kerana mengenangkan faktor umur.

“Saya pula lebih senang pendamkan sendiri daripada berkongsi dengan semua orang. Sepatutnya saya kena menjalani pembedahan tetapi saya enggan kerana faktor umur akan buat kesannya lebih teruk,” katanya

Mengenai masalah penagihan dadah yang pernah dihadapi, Zamani akui masih merujuk hal itu kepada Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih).

“Saya tidak boleh halang masyarakat buat tanggapan begini. Benda ini saya tidak berani nak cakap sudah habis kerana rawatan perlu dibuat secara berterusan sehingga akhir hayat.

“Ia boleh berulang kepada sesiapa saja. Saya memang tidak berani berkata saya sudah sihat sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, Zamani pernah mendapatkan rawatan penagihan dadah di Pengasih pada tahun 2015.

Sumber berita: Harian Metro

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.