CLAW MACHINE – AKIBAT SUSAH SANGAT NAK MENANG, WANITA INI MELAKUKAN SESUATU DILUAR JANGKAAN!

Seorang wanita yang berang kerana gagal mendapat hadiah walaupun beberapa kali bermain satu mesin permainan di Taiwan bertindak masuk ke dalam mesin itu untuk mencuri anak patung di dalamnya.

Dalam kejadian di sebuah pasar raya di Taichung, barat Taiwan itu, wanita yang dikenali sebagai Tsai, 34, itu ditahan polis selepas gelagatnya dirakam kamera keselamatan.

Dalam rakaman video itu, Tsai bermain satu permainan mesin cakar untuk mendapatkan hadiah anak patung tetapi selepas beberapa kali berusaha dia masih gagal memenangi sebarang hadiah.

Kerana kecewa Tsai dilihat mengambil sebatang penyapu untuk mengeluarkan anak patung daripada mesin berkenaan tetapi tidak berhasil.

Selepas usahanya masih tidak berhasil, Tsai akhirnya bertindak memasuki lubang berukuran 25 sentimeter di bahagian bawah mesin berkenaan untuk mengambil anak patung di dalamnya.

Polis berkata, wanita itu sempat mencuri tujuh anak patung dalam tempoh 30 minit hingga sejam.

Ketika disoal siasat, Tsai memberitahu tidak mengingati perkara itu kerana dia mengambil ubat tidur dan ubatan lain yang menyebabkan ingatannya terganggu.

Bagaimanapun, polis tetap meneruskan siasatan berhubung kes berkenaan dan Tsai bakal didakwa atas tuduhan mencuri.

 

Sumber

One thought on “CLAW MACHINE – AKIBAT SUSAH SANGAT NAK MENANG, WANITA INI MELAKUKAN SESUATU DILUAR JANGKAAN!

  • March 16, 2018 at 7:17 pm
    Permalink

    Thanks aunty Ran! xoxoxo

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.