Nak balik kampung berpantang dituduh tayang duit pemberian suami

Setiap wanita pastinya mendambakan suami yang penyayang dan bertanggungjawab sebagai pelengkap kehidupan mereka.




Terbaru, seorang isteri berkongsi tentang keprihatinan suaminya yang tular di twitter dimana netizen sifatkan isteri tersebut sebagai ‘wanita bertuah’.

Menerusi posting pada Rabu lalu, Aisya muat naik sekeping gambar yang menunjukkan wang belanja pemberian suaminya.

Selain foto wang yang berjumlah RM1,500 itu, siri tweet berkenaan yang bercerita mengenai kisah dirinya turut menarik perhatian ramai sehingga menerima lebih 2,300 retweet (ulang kicau)

Kata Aisya, dia yang bersalin secara pembedahan baru sahaja pulang semula ke kampung untuk berpantang.

“Dulu saya berpantang dua bulan sahaja. Bila bersalin secara pembedahan, seelok-eloknya paling kurang pun kene pantang empat bulan.”

“Bila tak berpantang dengan sempurna, banyak masalah yang melanda. Saya alami sakit-sakit badan dan selalu tak sihat.”

Aisya sebelum ini bertugas sebagai jurutera kualiti dan menetap di sebuah negeri di selatan tanah air.

Tambahnya lagi, biarpun berat untuk buat keputusan itu, dia dan suami bagaimanapun sepakat agar dia berpantang sekali lagi agar dirinya kembali pulih sepenuhnya.

“Memang nak berhenti sejak lepas bersalin lagi. Tapi say akene cari orang untuk ganti, kene latih lagi. Kerja tu bukannya senang nak cari pengganti”

“keputusan yang berat, tapi bila difikirkan balik. Saya kene berhenti juga. Nak kerja pun susah, selalu sakit, demam sampai menggigil.” Katanya lagi.




Dalam pada itu, posting foto wang di Twitter miliknya turut menyebabkan wanita itu menjadi mangsa kecaman netizen.

“kau memang suka tayang duit husband kau bagi berapa ke?” soal salah seorang netizen.

Menurut Aisya, dia tidak ambil pusing dengan kritikan negative memandangkan posting itu dikongsi secara suka-suka saja.

Dari: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.