Mencari alasan atau cara untuk dapat cuti sakit atau MC?

Kadang kala kita pernah terbangun pagi dan rasa malas untuk pergi kerja. Ada masanya punca sebab hujan ataupun rasa malas nak menghadap bos. Jadi apa yang kitab oleh buat kalau rasa tak nak pergi kerja? Tapi malas-malas pun bukannya boleh ponteng kerja begitu sahaja. Satu cabaran yang harus ditempuhi jika malas nak pergi kerja tetapi kita sihat walafiat adalah bagaimana nak berlakon di depan doktor untuk meminta cuti sakit atau MC. Jom kita tengok alasan yang boleh diguna pakai.

1) Demam

Ini adalah alasan yang paling biasa, paling kerap dan juga paling LAMA digunakan untuk nak mendapatkan MC. Alasan ini terlalu popular sehinggakan keberkesanannya semakin menurun. Cabaran utama yang harus diatasi adalah bagaimana untuk membuktikan kepada doktor yang kita ni ‘demam’. Masa dulu-dulu, termometer tak kiralah termometer ketiak mahupun eshol digunakan untuk mengambil suhu badan. Teknik ini boleh dieksploitasi di mana sebelum masuk jumpa doktor kita boleh gosok ketiak laju-laju sehingga panas lalu mempengaruhi bacaan suhu. Kalau jenis yang mengamalkan seks luar tabii lagilah senang nak panaskan bontot. Lepastu kalau doktor cakap suhu normal, cakap kau dah makan panadol sebelum datang. Doktor yang berlagak tahu akan cakap, “hmm itulah sebabnya suhu awak normal”.

Tetapi zaman sekarang dah tak pakai termometer begitu. Sekarang ni guna gajet letak sipi-sipi kat dahi terus keluar bacaan secara digital. Nak menipu pun dah susah. Kalau kau pergi klinik swasta buat muka cute kenyit mata sikit-sikit bolehla jugak kau still dapat MC. Tapi cuba kau pergi klinik kerajaan tak mungkin kau akan dapat MC. Paling hebat pun kau dapat timeslip. Especially kalau kau jumpa doktor garang. Jadi jika anda ingin mencuba nasib di klinik kerajaan, gunakan taktik ini. Selepas mandi, jangan keringkan badan dan terus duduk bawah aircond dan kipas yang dibuka secara maksimum. Insyaallah anda akan demam betul-betul dan terus dapat MC lebih daripada satu hari.




2) Sakit perut

Ini pula adalah alasan yang sering diguna pakai. Setakat ini, tak pernah gagal nak dapatkan MC menggunakan taktik ini. Ini kerana jika anda hebat berlakon, doktor-doktor tak akan tahu yang anda sekadar berpura-pura. Berikut adalah sketsa lakonan kembali untuk panduan anda:

Doktor: Ya sakit apa ya?

Pesakit: Saya…saya cirit birit doktor. Pagi ni je dah 4 kali saya masuk tandas. Tadi sebelum sampai giliran saya pun tercirit lagi…. (buat muka berkerut dan tekan perut)

Doktor: Hmm. Awak makan apa malam tadi? Family awak lain kena tak?

Pesakit: Entahlah. Malam tadi makan di kedai makan. Mak saya pun kena sekali…

Doktor: Awak ada alahan apa-apa ke? Mungkin dia tak basuh bersih-bersih masakan tu. Tak apa saya bagi awak air garam dan ubat. Saya bagi MC untuk harini sekali.

Pesakit: (WIN)

Situasi di atas hanya boleh diguna pakai jika anda berlakon di klinik swasta. Jika anda pergi ke klinik kerajaan dan jumpa Doktor Zaahirah lagi, dia akan minta bukti ok. Dia akan bagi anda plastik dan anda mesti beri najis mutawasitoh untuk dikaji. Taktaula dikaji di dalam makmal ataupun untuk dihidu. Kalau ada masa bolehla pergi cari tahi kucing di luar tapi dibawah tekanan mesti kita keluar bilik doktor lepastu tak masuk-masuk balik dah.




3) Pening kepala

Ini adalah alasan yang common juga, popular kerana tak dapat nak dibuktikan serta merta. So just reka je cerita “Emm tadi saya naik tangga di rumah. Lepastu saya tiba-tiba rasa kepala berat, pandangan menjadi gelap, berpusing-pusing (jari telunjuk buat gaya pusing-pusing) dan nak jatuh” Doktor serta merta akan cakap, “Hmm ini vertigo ni” (disusuli dengan penjelasan panjang lebar yang anda mungkin tak faham tetapi anda just angguk-angguk saja). Perlu saya ingatkan ke ini hanya berkesan di klinik swasta? Kalau jumpa Dr Zaahirah nanti dia suruh kau buat MRI cek otak.

4) Senggugut

Ahah. Alasan yang kerap digunakan oleh gadis. Lelaki sotong usah cuba-cuba nak gunakan alasan ini hoccay. Kelebihan menggunakan alasan ini adalah doktor tak akan minta pun sampel darah haid dari pad Kotex anda. So kalau anda tak senggugut pun memang tiada masalah untuk gunakan skil penipuan ini. Kalau nak nampak lagi real, minta je doktor cucuk punggung anda dengan dadah. Kompem dapat MC. Tapi jangan pula terbawa-bawa character tu sampai ke rumah lepastu membebel tak henti-henti kat suami ataupun pakwe jika anda bersekedudukan, mudah mengalir air mata serta makan berlebihan macam orang senggugut sebenar.




Sumber: ijaicool

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.