Hana Azraa akui sudah sebulan tidak tinggal bersama Abu Sufyan

Sebelum ini, dia menjandakan isterinya sendiri demi janda lain, kini hubungan pasangan itu dilaporkan mula bergolak dan sudah tinggal berasingan sejak sebulan lalu. 

Menurut laporan mStar Online, Hana Azraa atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir berkata, dia da suaminya, (Ex PU) Abu Sufyan sudah tidak tinggal sebumbung dan membawa haluan masing-masing. 

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung. Dia di Kuala Lumpur, manakala saya di Kedah. 

“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan dia di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya. 




“Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan Abu.. tak nak mereka salah faham tentang kami. 

“Walau bagaimanapun, saya tetap mendoakan kebahagiaan Abu dan bekas isterinya serta anak mereka sampai syurga. Hubungan saya dan Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” katanya kepada mStar Online, Selasa.

Pasangan itu terdahulu dilaporkan bernikah secara senyap-senyap di Thailand pada 2 Mei lalu tanpa pengetahuan isteri pertama Abu iaitu Ain ‘Afini, sebelum menceraikan Ain pada 16 Mei lalu. 

Sementara itu, Ain menjelaskan dia tidak mengetahui mengenai perkara itu dan enggan mencampuri urusan bekas suaminya itu. Malah katanya, tiada terdetik di hatinya untuk rujuk semula kerana dia sudah mempunyai kehidupannya sendiri. 

Sumber: mStar OnlineHarian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.