Adakah bermain video game membantu mengatasi depression?

Depression atau nama lainnya kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang agak kritikal untuk masyarakat zaman sekarang dan tidak sebarang mempunyai ubat yang spesifik untuk penyakit ini. Penyakit ini mampu membuat individu untuk bertindak diluar kawalan atau berfikiran separuh sedar sehingga mampu untuk bunuh diri atas sebab kemurungan yang melampau.

Depression tidak dapat dilihat secara mata kasar kerana apabila seorang individu yang menghadapi depression ini tidak menunjuk tingkahlaku ganjil atau luar biasa, mereka seperti individu yang biasa dan menjalankan kehidupan yang normal tetapi dalam masa sama mereka menghadapi masalah mental dan tekanan mental yang kuat. Hal ini kerana mereka beranggapan diri mereka disisihkan, ditinggalkan, tidak disayangi, jiwa kosong dan moral jatuh. Bukan kerana mereka ini tidak mempunyai kawan tetapi kesukaran mereka untuk meluahkan apa yang terpendam kepada orang yang mereka percaya.




Depression atau kemurungan ini merupakan pembunuh nombor satu di negara-negara besar seperti Amerika syarikat, Jepun, Great Britain, dan lain-lain termasuk Malaysia kebanyakan kes nya adalah bunuh diri.

Hari ini topik yang ingin dibincangkan adalah bagaimana permainan video dapat membantu seseorang individu mengatasi depression atau kemurungan. Apa kaitan sebenar antara permainan video dengan depression? Adakah permainan video membantu mengatasi depression? Syarikat-syarikat Games yang besar banyak memikirkan aspek-aspek yang penting seperti jalan cerita, grafik, kebolehmainan, gameplay,multiplayer teknologi, co-op, play for fun, enjoyable , dan lain-lain termasuk macam mana syarikat-syarikat besar games dapat membantu individu mengatasi depression.

Walaupun impak permainan video ini tidak terlalu kuat untuk menurunkan angka individu yang menghadapi depression tetapi dapat mengurangkan sedikit banyak individu mengatasi penyakit ini. Macam mana gameplay, multiplayer dan co-op dapat membantu individu mengatasi depression dan secara tak langsung bagaimana komuniti Gamers dapat turut bersama individu yang menghadapi dan mengatasi depression bersama.




Kebanyakkan genra permainan video ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan kesinambungan jalan cerita membuatkan sesiapa yang mengikuti akan tertunggu-tunggu permainan video yang seterusnya. Walaupun hal ini tidak memberikan impak besar terhadap merawat depression sehingga menurunkan kadar yang mendadak. Kebanyakkan jalan cerita permainan video adalah sangat menarik dan terdapat banyak kandungan serta intipati jalan cerita itu sendiri membuatkan sesiapa yang memain permainan video tersebut akan jadi teruja dan berpuas hati. Seperti ‘Starcraft 2’ mempunyai jalan cerita yang menarik dari segi plot, klimaks, mainan emosi, dan permainan video ‘Starcraft 2’ berlanjutan sehingga tiga episod.

Dailog-dailog dalam permainan video ini banyak kata-kata perangsang dan semangat dalam perjuangan dan kata-kata ini sebenarnya bukan hanya untuk jalan cerita semata-mata tetapi sebenarnya adalah unuk membantu mereka yang mengalami depression. Permainan video bukan sekadar untuk keseronokan semata-mata tetapi membantu mereka yang mengalami depression untuk mempunyai semangat juang yang tinggi walaupun tidak mampu menurunkan mereka yang mengalami secara mendadak dan hanya pada kadar yang kecil sahaja.

Kebiasaan apabila bermain permainan video ini akan wujudnya komunikasi antara pemain lain terutama Co-op dan Multiplayer. Elemen komunikasi ini sangat penting dalam pasukan untuk menyampaikan maklumat namun ia bukan hanya sekadar komunikasi didalam Multiplayer semata-mata tetapi ia adalah satu konsep pembinaan kefahaman antara pemain lain. Dengan kata lain adalah membina kepercayaan terhadap pemain lain, kepada mereka yang mengalami depression ini sebenarnya memerlukan komunikasi dua hala tanpa menyakitkan mereka dan luahkan perasaan.




Mereka sangat memerlukan komunikasi antara orang lain dan dalam masa yang sama membina kefahaman dengan pemain lain semasa multiplayer atau co-op. Walaupun tidak terlalu ketara tetapi sedikit sebanyak membantu mereka yang mengalami depression untuk berkomunikasi dengan orang lain berdasarkan kefahaman yang dihasilkan antara pemain lain. Namun masa untuk membina kepercayaan dan kefahaman ini agak lama tetapi akan membantu kepada mereka untuk berkomunikasi dengan orang lain. Namun mereka perlu untuk elakkan dengan pemain-pemain yang bersifat toksik kerana pemain toksik ini akan melontarkan kata-kata negatif yang berat, seeloknya elakkan dan cari pemain yang lain.

Komuniti Gamer diluar negara sangat menitikberat tentang mereka yang mengalami depression dan komuniti gamer akan sedaya upaya untuk membantu mereka yang depression dengan berkomunikasi dengan mereka tanpa sebarang provokasi dan kata-kata negatif. Kebiasaannya komuniti gamer akan menawarkan kepada mereka yang memerlukan seseorang untuk berkomunikasi untuk mendengar luahan dan memberi kata-kata semangat kepada mereka. Malah ada dari kalangan mereka turut menawarkan untuk berjumpa secara face to face untuk membantu meraka yang mengalami depression dan ada juga yang menawarkan untuk bermain multiplayer atau co-op bersama-sama untuk mencari kefahaman dan keserasian untuk mendapatkan kepercayaan.

Tidak semua permainan video yang membawa kesan positif dan perlukan nasihat daripada pemain lain untuk memastikan agar tidak tersalah memilih permainan video. Namun begitu, Permainan video bukanlah rawatan yang sesuai untuk mereka mengalami depression dan masih memerlukan nasihat pakar untuk merawat depression. Permainan video ini adalah sekadar play for fun untuk semua peringkat umur tanpa ada sebarang masalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.