Guru tidak mampu menampung tekanan daripada anasir luar yang mempengaruhi murid

Sejak akhir-akhir ini banyak kes mengenai guru diserang dan disaman oleh ibubapa yang mendengar cerita daripada anak mereka tanpa unsur periksa apa kesalahan anak mereka buat disekolah. Tanggungjawab Guru terlalu besar dalam semua aspek terhadap muridnya sehingga bebanan tersebut dibawa ke rumah. Namun apa yang guru lakukan tidak berbaloi dengan apa yang dibayar untuk mendidik anak muridnya untuk berjaya.

Tugas guru pada zaman sekarang ini sangat mencabar berbanding pada zaman dahulu dimana waktu itu ibubapa inginkan anak mereka mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk mengubah nasib keluarga, berbeza dengan zaman sekarang, guru menghadapi pelbagai dugaan sepanjang melaksanakan tugas  dari kelas sehingga ke pertadbiran.

 Lebih malang lagi ibubapa lebih mempercayai anak mereka berbanding guru sehingga ada yang menyerang guru tanpa unsur periksa kesalahan anak mereka buat ketika sekolah. Hal ini menyebabkan ramai guru sudah bertawar hati dengan tindak tanduk ibubapa yang lebih mempercayai anak mereka berbanding guru.

Hubungan Masyarakat dengan guru sebenarnya sudah lama wujud dari dahulu lagi tetapi untuk zaman sekarang perlu lebih banyak hubungan tersebut kerana guru tidak lagi mampu untuk menampung tekanan daripada anasir luar yang mempengaruhi murid sehingga membawa ke dalam sekolah sehingga ada masalah displin antara murid menjadi teruk dan lebih malang lagi tugas guru ini apabila anak murid menyerang guru sewaktu dan selepas waktu sekolah.




Masyarakat tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada guru kerana masyarakat juga bertanggungjawab untuk membantu guru untuk mengatasi masalah murid di luar sekolah supaya tindak tanduk murid diperhatikan.  Agar masyarakat dapat membantu guru dalam mengatasi masalah murid dan menjadi bantuan kepada guru sekiranya diperlukan.

Masyarakat juga berperanan dalam menyiar dan menyebarkan maklumat yang zaman sekarang ini media sosial menjadi liputan utama berita. Masyarakat perlu berhati-hati dalam menyebarkan maklumat tentang permasalahan antara guru dan murid supaya tidak menjadi percanggahan maklumat serta dapat elakkan daripada mendengar sebelah pihak sahaja.

 Hal ini kerana akan menyukarkan untuk menyelesaikan kes sekiranya berlaku percanggahan maklumat antara guru, murid, ibubapa dan masyarakat.




Masyarakat merupakan benteng terakhir bagi pihak sekolah dan guru kerana tanpa masyarakat pihak sekolah dan guru akan menghadapi masalah yang lebih teruk sehingga berlaku kerosakkan yang tidak oleh dibetulkan lagi.

Semoga kita menjadi masyarakat yang ambil peduli tentang permasalahan murid zaman sekarang yang kini meletakkan guru di neraka dajjal, murid syurga dajjal. Semoga guru dapat melahirkan insan-insan yang berguna pada masa hadapan memberi manfaat ilmu dan tenaga kerja pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan agama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.