Nilai Sehelai Bendera Untuk Sebuah Negara Berdaulat

Sejak akhir-akhir ini, banyak berita tular di media sosial mengenai bendera jalur gemilang dipasang secara terbalik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan sendiri. Hal ini menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan ini sehingga berlakunya kehuru haraan dalam media sosial. Terdapat syarikat luar dari Jepun turut melakukan perbuatan terkutuk itu di Kuantan Pahang dan beberapa dikawasan lain seperti di Johor, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Melaka menjadi hangat atas perbuatan terkutuk tersebut. Mereka ini seolah-olah mencabar kedaulatan negara ini tanpa rasa sedar diri.




Perkara ini berlaku kerana terdapat beberapa pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan untuk memperkenalkan semula tulisan jawi dan seni khat serta protes terhadap kerajaan yang tidak mengusirkan Dr Zakir Naik dari Malaysia serta mewarnakan hitam bendera jalur gemilang sebagai lambang protes. Sejak Malaysia baru ini, ramai pihak kini sudah berani menganggu keamanan negara, kedaulatan Raja-raja Melayu, penghinaan agama Islam, serangan terhadap anggota keselamatan negara, dan mula mempersoalkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Pada mulanya mereka ini datang ke tanah ini dengan tong kang dan kapal penjajah, datang dengan menyembah untuk mendapatkan belas kasihan orang Melayu dan sekarang ini mereka sudah mula angkuh dan mula mempersoalkan ketuanan Melayu seolah-olah mereka ini yang memperjuangkan tanah air ini daripada penjajah sedangkan mereka bersembunyi ketakutkan dan meminta nyawa agar dapat hidup lebih lama di negara ini.

Kini mereka sudah berani melawan tuan rumah, mereka berani menuntut agar permintaan mereka dituruti, kini mereka kebal daripada tindakan undang-undang sehingga berani mengeluarkan kenyataan berbuarkan perkauman dan berani persoalkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Mereka meminta untuk hak samarata dan mula untuk menentang tuan rumah untuk menjadi tuan rumah yang baru. Apabila permintaan mereka tidak dituruti, mula mereka tunjukkan keganasan, mula mereka tunjukkan belang mereka, mula mereka tunjukkan kekuasaan mereka, mula mereka tunjukkan kebiadapan mereka terhadap negara ini. Sekarang ini mereka sanggup mengibarkan bendera jalur gemilang dalam keadaan yang terbalik untuk menunjukkan kemarahan mereka terhadap kerajaan negara.




Mereka ini lupa ke penolakkan negara lain terhadap mereka? Mereka lupa ke yang mereka datang ke tanah ini dalam keadaan menyembah? Mereka lupa ke bertapa sopan santunnya orang Melayu menyambut tetamu untuk tinggal bersama? Mereka ini sudah lupa ke mereka terikat dengan perjanjian jus soli? Mereka sudah lupa ke sumpah ketaatan terhadap negara dan tidak menganggu hal agama Islam, raja-raja Melayu dan ketuanan Melayu? Alang sopan santunnya orang Melayu mendiamkan diri melihat mereka mendapat hak, alang sopan santunnya orang Melayu berkongsi sumber yang sama bersama mereka dan kini mereka sudah mula untuk memijak muka tuan rumah untuk mendapat hak yang lebih orang Melayu




Jika Melayu dikatakan sebagai pendatang, jika tulisan jawi dikatakan kemunduran, jika agama Islam itu dikatakan penganas, jika hilang rasa hormat dengan kedaulatan Raja-raja Melayu, jika menterbalikkan bendera sebagai lambang penentangan maka baliklah ke negara asal mu, negara asal nya diri mu yang kamu banggakan. Sesungguhnya Kami di tanah ini tidak memerlukan kamu untuk bersama. Sesungguhnya kami yang mempertahankan tanah ini dari musuh selama berabad dan ada dikalangan kamu itu menjadi duri dalam daging untuk merebut kuasa. Kini bendera jalur gemilang itu adalah kebanggaan Kami, Kami rela mati demi untuk memastikan bendera itu berkibar megah menandakan kedaulatan negara ini di mata dunia. Itu lah nilai sehelai bendera yang dipertahankan habis-habisan daripada jatuh di tangan musuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.