BAGAIMANA UNTUK MENYEMAK SHUTTER COUNT DSLR CANON, NIKON DAN SONY.

Definisi shutter count ialah jumlah pergerakan shutter sepanjang hayat kamera yang dirakam oleh kamera. Konsep dia sama macam odometer yang mengira jumlah berapa kilometer kereta kita dah pergi sepanjang hayat kereta tu. Satu kali tangkap gambar, satu kali shutter bergerak, dikira satu actuation dan dirakam dalam shutter count.

Sebagai contoh, sepanjang hayat kamera anda, kamera itu sudah tangkap 10,000 ribu gambar.



Ada yang tertanya apakah itu shutter, terdapat tiga setting utama exposure; ISO, aperture dan shutter speed. Shutter speed ini bila di kawal untuk membekukan pergerakan atau nak bagi shutter terbuka lama untuk benarkan banyak cahaya masuk.
Shutter mechanism ni lah mekanisma yang mengawal shutter speed. Dia berada betul-betul di depan sensor. Sama ada DSLR atau mirrorless, kebanyakan kamera sensor besar sama ada APSC/crop sensor atau full frame akan pakai mechanical shutter.

Tiada istilah ‘mirrorless tak ada shutter‘. Mirrorless tiada mirror bukanlah tiada shutter.

Inilah shutter

Mengapa perlu check shutter? Kalau anda nak jual kamera check berapa shutter count dahulu. Shutter count itu menjadi kayu mengukur tahap guna kamera tu. Jika shutter count kamera tersebut tinggi, bermaksud tahap penggunaannya juga tinggi. Bila ini berlaku, value kamera akan menjadi rendah.



Sama seperti kereta, apabila mileage di odometer semakin tinggi, value kereta pun menjadi rendah.

Berapa limit shutter count untuk sesuatu kamera? Di sini pengunaan perkataan ‘limit’ itu telah mengelirukan ramai orang. Bila kamera dah menangkap 99,999 gambar kamera akan rosak. Ia bukan semudah begitu, kebiasaanya kamera akan terus berfungsi macam biasa walaupun selepas 100,000.

Sama seperti kereta, mileage kereta telah capai 100,000 km tetapi masih boleh berfungsi dengan tiada masalah kecuali kalau tidak dijaga dengan baik.

Jadi, bagaimana untuk check shutter count anda? Di bawah list brand kamera untuk anda:



Nikon – Kebanyakan kamera Nikon simpan shutter actuation data dalam EXIF files. Guna program macam EXIF viewer macam EXIFTool, Opanda IExif dan macam-macam lagi boleh dicari di internets.

Sony – Sama macan Nikon, Sony simpan shutter count data dalam EXIF. Upload gambar JPEG yang diambil straight out of camera ke website Sony Alpha shutter count tool ni, nanti dia akan beritahu shutter count.

Canon – Canon ni jahat sikit dia macam tak bagi orang check shutter count. Kadang-kadang boleh dapatkan info shutter count guna EOS info.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.