Hina Jalur Gemilang layak dilucut kerakyatan

Individu yang menghina Jalur Gemilang wajar dilucutkan kerakyatan boleh menjatuhkan maruah bendera yang disanjung tinggi dalam negara.

Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menegaskan individu terbabit tidak layak menjadi warganegara Malaysia.

“Lebih baik buang saja status kewarganegaraan yang mereka miliki,” katanya ketika diminta mengulas insiden bendera Malaysia dengan bintang berbucu lima yang dipaparkan pada skrin ketika siaran langsung pembukaan Kejohanan Kebangsaan Bola Keranjang Piala Lum Mun Chak Bawah 15 Ke-28 di Stadium Hang Jebat semalam.




Ramlah ketika dihubungi semalam juga berkata, tindakan itu antara satu cara untuk mengganggu gugat kedaulatan negara dan boleh dilabel sebagai pembelot.

“Perbuatan ini menunjukkan bahawa mereka ingin menafikan bendera negara sendiri yang telah lama digunakan sejak Malaysia memperolehi kemerdekaan,” katanya.

Dr Ramlah berkata, tindakan itu sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong dengan melanggar prinsip Rukun Negara.




Justeru Dr Ramlah berharap pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya demi menjaga keharmonian dan nama baik Malaysia.

Polis panggil penganjur bantu siasatan kes bendera bintang lima




Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) semalam memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bucu bintang.

Mereka menjelaskan pasukan penyiaran secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin televisyen stadium ketika majlis perasmian dan kontraktor produksi siaran langsung berkenaan ditamatkan serta-merta selepas siasatan dilakukan.




Sumber: Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.