Da’i Farhan terpaksa menolak 18 wanita ajak kahwin!

JUARA Da’i musim kedua, Nik Ahmad Farhan yang hangat dilanda kontroversi apabila berkahwin dengan janda beranak lapan mendedahkan sudah dipelawa oleh 18 orang wanita yang berhasrat menjadi isteri keduanya sebelum ini.

Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 29, bagaimanapun menjelaskan dia terpaksa menolak kesemua hajat wanita itu atas dasar tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun dia tidak mampu menolak takdir Allah yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita ke 19 yang kini bergelar isteri keduanya selepas mereka diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.

“Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita sudah meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita yang ke 19 ni membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.

“Masyallah… Auranya membuatkan saya terkenang kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah,” katanya kepada mStar.

Da’i Farhan dedah tolak pelawaan 18 wanita yang ingin bergelar isteri keduanya.

Pendedahan Nik Farhan menikahi seorang janda anak lapan di Makkah beberapa hari lalu mendapat kecaman ramai apabila didakwa pernikahan berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertamanya.

Farhan bagaimanapun menegaskan isteri pertamanya berfikiran terbuka mengenai konsep berpoligami kerana wanita itu sendiri pernah meminta Farhan untuk berkahwin dengan rakannya sendiri.

“Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu.

“Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian,” tambahnya.

Isteri kedua Farhan merupakan seorang doktor perubatan yang kini bergelar usahawan.

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.