Pinta izin suami untuk membeli Hello Kitty Carrier dari Mcdonald

Hangat tentang Hello Kitty Carrier by Mcdonald baru baru ini sehingga ada yang sanggup beratur berejam semata-mata untuk membelinya.

Satu kisah comel yang terjadi pada satu pasangan ini yang dikongsi melalui Facebook Syafiq Ridhwan berkenaan isterinya yang teringin untuk membeli barang tersebut.




Bini saya call tadi. Saya tengah ada meeting. Jadi saya tak angkat dulu.

Kemudian dia call lagi sekali.

Saya rasa urgent ni. Jadi saya angkatlah.

“Bang, boleh tak saya nak minta izin beli satu benda ni”

“Benda apa?” saya syak ni tak benda yang mahal teruk ni, mesti yang ada nilainya besar.

“Tadi saya pergi mcd. Lepas tu saya nampak satu benda ni. Fikir-fikir, tak jadi nak beli. Lepastu baliklah rumah”




“Sampai je rumah, ingatkan nak tidur. Tapi tak boleh sebab teringat-ingat. So boleh tak kalau saya pergi mcd balik then beli. Limited edition ni”

“Mcd? Apa benda tu?” tanya saya pelik.

“Hello Kitty carrier by Mcd”

Menangis saya kat tepi bilik meeting. Saya ingat apalah yang penting sangat call banyak kali. Rupanya benda ni.

“Belilah ibu. Tapi satu je. Jangan dok borong semua pulak” balas saya.

Tapi saya pelik apa hello kitty buat kat mcd? Kolaborasi ke? Tetiba muncul kucing kat tempat ayam pulak.

Nampak sangat saya tak up to date.

Tapi, demikianlah perempuan.

P/s : Ni mesej lepas dia beli. Katanya tadi tinggal 3 biji je. Kemain happy betul dah dapat. Mcd jangan goda bini saya lagi ya.







No photo description available.




Ada kisah lucu terhadap Hello Kitty carrier by Mcd ni? Kongsikan bersama kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.