Pekerja memerlukan tempat tidur di tempat kerja?

AIA Vitality 2019 mengeluarkan hasil kajian terhadap stress dan kekurangan tidur para pekerja di Malaysia di tempat kerja mereka. Hasil tinjauan mereka:

  • 51% daripada pekerja di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu dimensi stres atau tekanan yang berkaitan dengan kerja
  • Kebimbangan mengenai hal-hal kewangan telah menyebabkan masalah-masalah berkaitan kesihatan mental dengan 22% daripada mereka melaporkan bahawa mereka mempunyai masalah kewangan
  • Kadar kekurangan tidur semakin meningkat dengan 53% daripada para pekerja di Malaysia didapati tidur kurang daripada 7 jam seperti yang disarankan
  • Sebahagian besar pekerja menderita sakit leher dan bahu, dengan 84% daripada para pekerja melaporkan satu atau lebih masalah berkaitan muskuloskeletal




Kajian ini melibatkan 230 syarikat yang berlainan saiz dan sektor di Malaysia yang mewakili seramai 17,595 pekerja.

Berdasarkan kajian tersebut, antara masalah yang sering dihadapi ialah bekerja dengan terlalu lama di pejabat sehingga menyebabkan masalah kesihatan dan kekurangan waktu tidur.

Selain itu, terdapat juga pekerja yang melaporkan bahawa mereka sering mengalami keletihan setiap hari dan ada di antara mereka yang tidak boleh menentukan masa untuk berehat sehingga menyebabkan keletihan di tempat kerja.

Selain waktu kerja yang panjang, terdapat juga faktor lain yang menjejaskan kesejahteraan pekerja di tempat kerja seperti peningkatan beban kerja selepas waktu yang sepatutnya dan tekanan yang berkaitan dengan tugas kerja itu sendiri.




Menurut Rita Aouad, seorang ahli psikiatri dan pakar mengenai tidur di Ohio State University menyatakan, tidur sebentar (nap) pada waktu tengah hari boleh membantu meningkatkan prestasi seseorang individu tanpa mengganggu waktu tidur individu tersebut pada waktu malam.

Menurut Rita lagi, banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa, nap sekitar 20 minit pada waktu tengah hari mempunyai kesan yang positif terhadap mood kewaspadaan dan perhatian seseorang individu.




Selain meningkatkan mood dan kewaspadaan seseorang, percaya atau tidak, nap juga boleh membantu meningkatkan kreativiti seseorang individu. Nap yang lebih lama boleh meningkatkan keupayaan seseorang individu atau pekerja untuk menyelesaikan masalah dengan lebih kreatif.

Dengan kajian tersebut, adakah syarikat-syarikat di Malaysia akan menyediakan tempat sesuai untuk pekerjanya tidur? Nyatakan pendapat anda dan share artikel ini supaya Bos anda lihat.




Sumber: Hello Doktor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.