KES-KES ROGOL MELIBATKAN AHLI KELUARGA SENDIRI YANG BERNAFSU IBLIS!

Baru-baru ini lagi satu kes melibatkan dua beranak berusia 53 dan 25 tahun direman tujuh hari kerana kes rogol kanak-kanak berusia tujuh tahun yang merupakan cucu dan anak saudara kedua-duanya.

Disini, kami telah listkan kes-kes rogol yang melibatkan ahli keluarga sendiri yang makin menjadi-jadi di Malaysia!

1. 3 tahun anak jadi ‘habuan’ bapa (Saratok, Sarawak)

Seorang lelaki berusia 48 tahun dipercayai merogol anak kandungnya sejak berusia 12 tahun. Dia merogol anaknya sekurang-kurangnya enam kali dalam tempoh tiga tahun. Perbuatan jijik itu terbongkar selepas anaknya memaklumkan kepada seorang guru di sekolah akibat tidak tahan dengan tindakan ayahnya itu. Guru berkenaan kemudiannya membuat laporan polis.

Dia pertama kali merogol anaknya itu di sebuah pondok di ladang kelapa sawit ketika mangsa berusia 12 tahun. Malah, anaknya turut mendakwa kejadian rogol berlaku berulang-kali, termasuk di kediaman mereka sendiri.

2. Setahun dijadikan mangsa seks oleh datuk dan bapa saudara (Sibu, Sabah)

Kes ini terbongkar  apabila kanak-kanak itu memberitahu ibunya yang dia dirogol berulang kali sejak setahun lalu. Mangsa mendakwa kes berlaku beberapa kali sejak tahun lalu ketika mangsa tinggal bersama datuknya di rumah panjang, manakala ibunya menetap di Mukah.

Anggota Bahagian Siasatan Jenayah Sibu telah menahan bapa saudara mangsa yang berusia 25 tahun di tempat kerjanya di kilang papan di Durin dan sorang lelaki berusia 53 tahun iaitu datuk mangsa di kediamannya di rumah panjang.

Hasil semakan polis mendapati datuk mangsa mempunyai rekod jenayah seksual kerana merogol anak kandungnya pada 2008 dan dibebaskan tahun lalu selepas menjalani hukuman 12 tahun penjara dan lima sebatan.

3. Dua beradik dipaksa menjadi tempat pemuas nafsu bapa, datuk, bapa saudara (Kuching, Sarawak)

Pemeriksaan pihak Hospital Serian terhadap seorang wanita mengandung telah membongkar perbuatan terkutuk bapa kandung yang merogolnya sejak enam tahun lalu. Wanita berusia 19 tahun itu turut mendedahkan adiknya yang berusia 14 tahun turut menjadi mangsa nafsu buas bapa mereka. Bukan itu je, datuk dengan dua bapa saudara mereka turut melakukan terhadap dua beradik malang itu.

“Wanita itu juga mendedahkan adiknya turut menerima nasib sama sejak berusia sembilan tahun dan semua kejadian rogol itu didakwa berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian.”

Pihak polis menerima panggilan dari Hospital Serian mengenai seorang wanita mengandung yang dirujuk ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan. Wanita itu mendedahkan bahawa dia dirogol oleh empat lelaki iaitu bapa kandung, datuk serta dua bapa saudaranya sejak dia berusia 13 tahun. Bapa kandung, datuk serta dua bapa saudaranya berumur antara 26 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai petani.

4. Lelaki 40 tahun rogol anak di depan isteri (Kuching, Sarawak)

Bapa berusia 40 tahun merogol anak kandungnya beberapa kali sepanjang 17 bulan lalu dan disahkan mengandung tujuh minggu sewaktu ditangkap. Lebih memeranjatkan kelakuan jijik berkenaan pernah dilakukan di hadapan isterinya yang berusia 36 tahun dalam bilik tidur mereka dan membiarkan anak perempuannya dirogol di depan mata.

Mangsa dipaksa melayan kemahuan seks ayahnya kerana terlalu takut dicederakan dan diugut sekiranya enggan menuruti kehendak nafsu ayahnya itu. Mangsa dikesan mengalami trauma teruk sehingga tidak mampu membuat laporan polis walaupun mempunyai kesempatan berbuat demikian. Mangsa adalah anak kedua daripada enam adik beradik dengan lima daripadanya adalah perempuan.

5. Datuk, bapa, 3 sepupu merogol sebanyak 22 kali dalam masa 7 bulan (Limbang, Sarawak)

Mereka yang merogol mangsa berusia 12 tahun itu terdiri daripada datuk mangsa berusia 72 tahun, ayah mangsa berusia 40 tahun dan tiga sepupu mangsa berusia antara 16 hingga 21 tahun. Bapa mangsa merogol  sebanyak empat kali manakala dua sepupunya, masing-masing merogol mangsa sebanyak tiga kali dan empat kali.

Manakala datuk mangsa merogol sebanyak enam kali dan seorang lagi sepupu mangsa merogol sebanyak lima kali. Kesemua mereka merogol mangsa di beberapa kawasan berasingan di sebuah kampung antara penghujung November hingga Jun.

Difahamkan, mangsa yang masih bersekolah itu kini ditempatkan bersama keluarga angkat yang dilantik Jabatan Kebajikan Masyarakat Limbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *