MABUK HAMIL? INI MUNGKIN MEMBANTU

 

Siapa yang tengah mabuk hamil sekarang? bersabarlahye inilah pengorbanan seorang ibu. Bagi yang pernah lalui mabuk yang teruk pasti memahami dan bagi siapa yang tidak pernah melaluinya tolong jangan cakap yang mereka ni mengada-ngadaye, rasa dulu baru tahu!

ada yang bukan setiap masa mabuk atau loya dan ada yang 24jam lansung tak boleh bangun, kalau boleh nak bawak tilam masuk toilet sebab muntah yang terukkan?

ada pulak yang tak boleh tengok makanan apa lagi hidu bau makanan dan ada juga yang bila tengok muka suami terus rasa nak muntah (suami harap bersabarye)

berikut ada sedikit tips supaya dapat kurangkan rasa mabuk tu!

 

1)  BERJUMPA DENGAN DOKTOR

Cuba dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, doktor akan memberikan tips dan nasihat. anda mungkin diberikan vitamin tambahan dan ubat muntah. bagi mereka yang bekerja, mohonlah cuti dan berehatlah dirumahye.

 

2) HIDU BAUAN CITRUS

Ada sesetengah wanita hamil akan merasa sedikit lega selepas menghidu bauan citrus seperti limau dan lemon. meletakkan potongan buah citrus didalam kereta ataupun bilik dapat membantu anda untuk berasa lebih lega. jika masih tidak membantu, cuba cari alternatif lain seperti bauan bunga atau herba!

 

3) BANYAKKAN MINUM AIR

Paksa diri untuk minum lebih banyak air masak sekurangnya 2 liter sehari. kekurangan air dalam badan akan menjadikan tubuh badan anda lebih lemah dan dehidrasi. sekiranya anda tidak dapat menerima air masak, cuba minum air teh panas atau sebarang minuman yang boleh diterima asalkan tidak memberi kesan buruk kepada kandungan. Elakkan jenis air yang bercaffein dan bergas.

 

4) ELAKKAN PERUT KOSONG

Perut yang kosong akan menjadikan mabuk anda bertambah teruk berbanding anda makan sedikit. Jadi cuba paksa diri untuk makan walaupun cuma sekeping biskut sekurangnya sejam sekali bagi mengelakkan perut masuk angin. Cuba cari snek yang berkhasiat yang tidak menjadikan anda loya.

 

5) MINUM TEH HALIA

Meminum teh halia bukan sahaja dapat membuang angin tetapi kandungan halia itu dapat mengurangkan rasa loya dan mabuk anda. Sekiranya tekak anda tidak dapat menerima halia jangan pula paksa diri, cuba cari alternatif lain pula.

 

6) AMBIL ANGIN

Sekiranya anda masih mampu untuk berjalan, cuba ajak suami anda untuk membawa anda ketempat rekreasi atau ketepi laut. jika tidak mampu berjalan cukuplah sekadar duduk dilaman rumahje supaya dapat angin segar.

 

7) BAHAN BACAAN

Cuba cari sebarang bahan bacaan seperti novel atau majalah, ini mungkin dapat membantu anda untuk melupakan sebentar rasa mabuk dan mual. Jika tidak mampu membaca cuba pasangkan muzik2 lembut ataupun bacaan ayat alquran didalam bilik tidur.

 

8) BERCAKAP DENGAN BAYI

Cara ini mungkin berjaya untuk anda, cuba bercakap dengan bayi didalam perut anda. Pujuk bayi anda supaya doakan mama mampu makan dan sihat supaya baby cepat membesar dan sihat didalam kandungan.

 

9) PERGI KE HOSPITAL DENGAN SEGERA

Segera ke hospital sekiranya mabuk anda bertambah teruk sehingga tidak mampu menerima sebarang makanan dan minuman, pihak hospital selalunya akan memasukkan air ke badan anda (drip) dan anda akan berasa segar untuk beberapa jam, ambil peluang itu untuk makan dan minum supaya mabuk anda akan semakin berkurangan.

Kepada para ibu yang sedang melalui mabuk hamil, admin doakan supaya anda berjaya mengharungi semua dugaan kerana anda sememangnya seorang yang kuat! percayalah bila bayi anda lahir semua pengorbanan yang anda dah lalui akan menjadi kenangan terindah dalam hidup! tahniah!

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *