TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN!

 

Memberi susu badan secara ekslusif selama 2 tahun adalah impian semua para ibu atau bakal ibu. di pasaran kini juga terdapat banyak makanan tambahan “milk booster” untuk menambah susu badan.

ada wanita yang memang dikurniakan susu badan tanpa perlu berusaha dan ada juga yang perlukan sedikit usaha tetapi jangan risau disini admin ada petua2 yang boleh kaum ibu cuba ikut. apa yang penting adalah usaha dan niat insyaALLAH akan dipermudahkan.

1) KURMA

Kurma dikenali sebagai salah satu milk booster yang hebat. Kandungan kalsium dan zat besi yang tinggi bukan sahaja mempernyakkan susu badan malah menjadikan susu badan lebih berkualiti. Boleh dimakan begitu sahaja atau dicampur didalam susu. jika sukar mendapatkan buah kurma boleh juga membeli pati kurma di kedai2 jamu.

2) HABBATUSAUDA

Satu lagi makanan sunna iaitu Habbatussauda juga bertindak sebagai penambah susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Selain dijadikan penambah susu badan, habbatussauda juga sering diguna pakai untuk membantu masalah kesihatan yang lain seperti menguatkan antibodi dan mencegah penyakit ringan yang lain. Jika anda tiada masa untuk rendam atau rebus didalam air, anda boleh membeli kapsul Habbatusauda yang dijual di kedai jamu dan boleh dimakan secara harian.

3) HALBA

Sejenis rempah ratus yang sangat mudah didapati di kedai runcit atau di pasaraya. Selalu digunakan didalam masakan melayu dan india. Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya. Antara rempah yang paling popular digunakan bagi pengamal kesihatan dan amat dikenali sebagai perangsang susu badan.

4) LONGAN

Ini yang paling popular di kalangan para ibu menyusu kerana sangat memberi kesan yang memberansangkan dan pantas. Longan kering boleh didapati di kedai herba/ubat cina. Direndam bersama gula batu dan diminum. Air longan kering sekarang boleh didapati didalam versi air kotak dan dijual di pasaraya. Amat memudahkan bagi mereka yang tiada masa atau bekerja, tetapi haruslah di ingatkan kandungan gula didalam air kotak adalah amat tinggi jadi pastikan anda minum air masak secukupnya.  Menggunakan bahan yang asli adalah lebih baik dan menghasilkan susu yang lebih berkualiti berbanding air yang berpengawet.

5) JANTUNG PISANG

Jantung pisang bukan sahaja sedap dijadikan ulam tetapi bagus dalam menambah susu badan.

6) LOBAK PUTIH

Lobak putih kebiasaannya digunakan didalam masakan cina tetapi tahukan anda khasiatnya sangat tinggi. Cuba amalkan kerana dipercayai boleh meningkatkan kuantiti susu anda.

7) ALFAFA

Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.

8) KEJU

Ini yang paling menarik! bukan sahaja sedap tetapi bagaikan makanan ajaib dimana sangat membantu dalam memekatkan susu badan. Percaya atau tidak bayi anda kenyang lebih lama kerana susu anda menjadi pekat dan mungkin lebih enak! tetapi awas bagi bayi yang ada alahan terhadap protein susu lembu, pemakanan keju haruslah dielakkan dan dapatkan nasihat doktor sebaiknya jika ragu2!

9) SAWI DAN PERIA

Sawi dan peria antara sayur yang murah dan paling mudah didapati tetapi sangat membantu dalam merangsang susu badan! cuba jadikan sawi dan peria sebagai makanan harian anda dan lihat hasilnya!

10) OAT DAN NESTUM

Oat dan nestum juga dikenali sebagai milkbooster yang amat berkesan. Bukan sahaja bertindak memekatkan susu malah menjadikan susu badan anda lebih meriah. Sangat bagus diamalkan ketika masih mengandung dan didalam pantang! sedap dan berkhasiat.

11) HORLICKS DAN MILO PANAS

Ini bagi mereka yang tidak suka makan oat atau nestum. Minuman ini antara yang paling berkesan. Jadikan minuman harian anda, bukan sahaja mengenyangkan anda malah bayi anda juga!

12) PROTEIN

Ambil makanan yang tinggi protein seperti telur, daging merah, ikan, kekacang dan keju kerana anda bukan sahaja hendak menambah susu badan, anda juga perlu menghasilkan susu yang berkhasiat anda bukan? Google senarai makanan yang tinggi protein dan amalkan tetapi jangan berlebihan pula ya!

13) AIR MASAK

Baiklah secara asasnya susu adalah cecair jadi meminum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi mereka yang serius hendak memberi susu badan secara ekslusif adalah amat penting! bagaimana susu hendak terhasil jika badan anda sendiri kekurangan cecair bukan? pastikan anda sentiasa bawa air masak sebagai bekal anda kemana-mana ya!

 

Sebenarnya banyak lagi makanan dan minuman yang bagus dalam menambah susu badan. Sebagai seorang ibu anda haruslah sentiasa “try and error”. Jangan mudah putus asa kerana Allah dah tetapkan rezeki masing-masing apa yang penting usaha dan tawakal. 

P/S : Kepada para ibu yang sentiasa banyak susu badan tu jangan pula memandang rendah kepada para ibu yang lain sebaliknya berikan pendapat dan semangat kepada mereka. Ingatlah bahawa nikmat yang ALLAH berikan tu bila-bila masa sahaja boleh ditarik jadi jangan riak dengan kelebihan yang ada ya!

Admin ucapkan semoga berjaya kepada anda semua! 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *