CIRI-CIRI ANAK HIPERAKTIF (ADHD)

“Amir! berapa kali mama nak kena marah ni? kenapa bersepah sana sini !? tu nak pergi mana pulak??”

ADHD atau dikenali sebagai Attention Deficit and Hyperactivity Disorder. Kanak-kanak memang bersifat aktif dan ada masanya mereka amat sukar menerima arahan, berkelakuan nakal, mudah hilang tumpuan, cuai, terburu-buru, atau tak boleh duduk diam. Tetapi awas jika mereka kelihatan melampau sehingga sukar untuk di kawal mereka mungkin mengalami gangguan Hiperaktif ataupun ADHD.

Kanak-kanak Hiperaktif sangat berbeza dengan kanak-kanak yang mengalami masalah Autisme dimana mereka lebih pendiam dan membuat hal sendiri berbanding dengan kanak-kanak Hiperaktif yang lebih lincah dan lasak.

Cuba perhatikan ciri-ciri dibawah, sekiranya anda merasakan anak anda mungkin mengalami gangguan ADHD, segera bawa mereka berjumpa dengan pakar kesihatan kanak-kanak supaya mereka dapat dinilai secara lebih terperinci.

antara ciri-cirinya:-

1) SERING MENANGIS DENGAN CARA BERTERIAK DAN MENJERIT KETIKA MASIH BAYI

2) TIDUR TERGANGGU DAN SERING TERSEDAR KETIKA TIDUR, WAKTU TIDUR JUGA TIDAK MENENTU DAN TIDUR TAK LAMA

3) KANAK-KANAK INI SUKAR UNTUK MAKAN DAN AKAN MENGADU SAKIT PERUT

4) MEREKA LEBIH BISING BERBANDING KANAK-KANAK LAIN

5) TIDAK SUKA BUNYI BISING

6) MUDAH MARAH DAN BERTINDAK AGRESIF

7) SERING MENGELUARKAN AIR LIUR DAN SENTIASA RASA  HAUS

8) SERING MELAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN KECEDERAAN 

9) SERING MERASA GELISAH DAN SUKAR UNTUK DUDUK DIAM DI SATU TEMPAT

10) SUKAR UNTUK FOKUS ATAU MENDENGAR ARAHAN DAN AKHIRNYA TIDAK AKAN MELAKUKAN SESUATU MENGIKUT ARAHAN

11) SUKAR MERASA TENANG DAN CEPAT PANIK ATAU “OVERACT” TERHADAP SESUATU MASALAH YANG TERJADI PADA DIRINYA

12) BERTINDAK SECARA AGRESIF

13) ADA YANG LAMBAT BERCAKAP DAN ADA JUGA YANG SUKAR UNTUK BERHENTI BERCAKAP

14) REKOD KESIHATAN YANG TIDAK BAIK CONTOHNYA JANGKITAN PADA TELINGA SEHINGGA SUKAR UNTUK MENDENGAR SUARA ORANG LAIN

15) MEMPUNYA FOBIA ATAU KETAKUTAN 

16) TINGKAH LAKU YANG PELIK SEPERTI MENGHENTAK KEPALA KE DINDING

17) CEPAT MERASA BOSAN

18) MEREKA SANGAT CUAI DAN KERAP MENGHILANGKAN BARANG-BARANG

Penting membawa anak hiperaktif ini bertemu pakar supaya tingkahlaku mereka boleh dirawat dan tidak terbawa-bawa ke alam dewasa. Sungguhpun mencabar, mereka sebenarnya masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain.

Walaubagaimanapun ciri-ciri di atas juga boleh berlaku ke atas kanak-kanak yang normal kerana ini mungkin sifat semulajadi mereka yang akan hilang apabila semakin meningkat dewasa nanti.

Walaubagaimanapun anak anda mereka adalah amanah dari Allah yang harus anda jaga. Jangan cepat marah atau melenting sekiranya anak anda membuat perangai. Cuba perhatikan mereka dan dengar apa yang mereka cuba sampaikan. Admin percaya anda semua ibu bapa yang hebat dan mampu menjaga amanah Allah sebaiknya!

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *