TANDA-TANDA ANAK ANDA KEMURUNGAN

“Hana? kenapa dengan anak mama ni dah berapa hari mama tengok kamu diamje, makan tak nak, main pun tak nak asyik termenung menangisje? risau mama sayang.”

Isu kemurungan pada anak kecil mungkin tidak begitu diambil serius oleh para ibu bapa tetapi tahukah anda jika dibiarkan ianya akan memberi kesan kepada emosi mereka dan tumbesaran mereka juga mungkin terganggu.

Cuba semak tanda-tanda dibawah jika ada pada anak anda:-

1) ANAK KERAP MENANGIS WALAUPUN CUMA DITEGUR ATAUPUN MENANGIS TANPA SEBAB

2) ANAK TIDAK BERSEMANGAT DAN SENTIASA SEDIH

3) MEREKA TIDAK BOLEH DIHARAP UNTUK MELAKUKAN SESUATU

4) TIDAK BERMINAT DENGAN AKTIVITI DAN INDIVIDU LAIN, WALAUPUN BERADA DI TEMPAT YANG BISING SEPERTI TAMAN ATAU MAJLIS  MEREKA LEBIH SUKA DUDUK BERSENDIRIAN

5) MEREKA SENTIASA KELIHATAN PUCAT, TIDAK BERMAYA DAN TIDAK BERSEMANGAT

6) MEREKA SERING DIPULAU OLEH KAWAN-KAWAN KERANA LEBIH SUKA BERSENDIRI

7) PERUBAHAN MENDADAK DARIPADA SEGI PERSONALITI, PRESTASI DAN PELAJARAN MEROSOT

8) SERING MENGADU SAKIT KEPALA, PERUT ATAU SAKIT-SAKIT LAIN HANYA UNTUK MERAIH SIMPATI

9) HILANG SELERA MAKAN

10) MUDAH MERADANG, MENGAMUK, TERTEKAN DAN MUDAH BERASA BIMBANG

 

ANTARA PUNCA ANAK-ANAK KEMURUNGAN

– Ibu bapa yang bekerja sehingga tiada masa untuk melayan anak

– Ibu bapa yang sering bergaduh

– Ibu bapa yang sering memilih kasih

– Anak-anak ini kerap dimarah, ditengking dan dipukul walaupun untuk kesalahan kecil

– Anak-anak tidak rasa dihargai

– Ibu bapa tidak pernah memuji hasil kerja anak-anak sehingga menyebabkan mereka rasa tiada guna untuk melakukan apa-apa.

Sekiranya tanda-tanda ini ada pada anak anda, segera rujuk dengan pakar kesihatan kanak-kanak ataupun pakar psikologi. Jangan dibiarkan perkara ini terlalu lama sehingga menjejaskan masa depan mereka.

Sebagai Ibu bapa kita kenalah pandai memain peranan, jangan pernah mengabaikan anak dan jangan tarik anak anda kedalam masalah anda. Sentiasa mendengar luahan hati mereka. Walaupun anda seorang yang berkerjaya cuba luangkan masa untuk mereka kerana bagi anak-anak ini anda adalah idola dan cermin mereka. Sayangi mereka dan berikan sepenuhnya kasih sayang yang anda mampu beri kepada mereka ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *