TIPS ELAK BAYI TERSEDAK SUSU

Seringkali kita mendengar peristiwa bayi meninggal dunia akibat tersedak susu. Memang sedih dan sukar untuk diterima tetapi kita sebagai ibu bapa juga perlulah lebih berhati-hati didalam mengurus anak-anak dan sentiasa peka keatas keselamatan mereka.

Tersedak susu berlaku apabila cecair yang dihisap bayi tidak masuk ke ruang esopagus untuk ke perut tetapi masuk melalui trakea ke paru-paru sekali gus mengganggu pernafasan bayi. Disini admin sediakan tips2 mengelak daripada bayi tersedak susu.

1- BELAJAR DAN CARI ILMU TENTANG PENYUSUAN BAYI SEMASA ANDA MASIH LAGI HAMIL. ILMU YANG BETUL AKAN MEMBANTU DAN MEMUDAHKAN KERJA ANDA.

2- JANGAN! MEMBERI SUSU KETIKA BAYI ANDA SEDANG MENANGIS DAN CUBA TUNGGU SEHINGGA TANGISANNYA REDA.

3- PASTIKAN SAIZ PUTING SESUAI DENGAN UMUR DAN KEADAAN BAYI.

4- TINGGIKAN KEPALA BAYI KETIKA MENYUSU DAN ELAK MENYUSU DIDALAM KEADAAN BAYI TERLENTANG.

5- SENDAWAKAN (BURP) BAYI SETIAP KALI SELESA MENYUSU.

6- JANGAN TINGGALKAN BAYI ANDA SENDIRIAN SEKIRANYA MENGGUNAKAN BOTOL.

7- JIKA MENYUSU BADAN, PASTIKAN ANDA BERADA DALAM KEADAAN SEGAR BAGI MENGELAKKAN ANDA TERTIDUR DAN PUTING TERBIAR DIDALAM MULUT BAYI ANDA.

Sekiranya bayi anda tersedak susu ini adalah rawatan segera yang boleh diberikan:-

1- Letakkan anak anda meniarap pada lengan dengan tangan memberi sokongan kepada kepala bayi.

2- Kepala anak anda diletakkan lebih bawah daripada badan.

3- Berikan lima tepukan kuat pada bayi di antara tulang belikat.

4- Jika masih tidak dapat mengeluarkan objek, pusingkan bayi menelentang dan dengan menggunakan dua jari, tekan dada bayi sebanyak lima kali di antara puting bayi. Ulang sehingga “objek” itu keluar.

5- Sekiranya masih tidak bernafas dan tidak bermaya segera minta bantuan dan beri bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR).

6- Segera bawa mereka ke hospital!

 

Bukan sahaja kerana tersedak susu sahaja puncanya tetapi masalah pernafasan yang berpunca daripada keadaan sekeliling juga boleh mengganggu kelancaran pernafasan mereka antara puncanya ialah:-

– Posisi tidur bayi yang salah sehingga mengganggu sistem pernafasan mereka.

– tidur meniarap, tidur di atas permukaan terlalu lembut dan tidur dalam keadaan banyak selimut juga memberi risiko yang tinggi.

– Keadaan terlalu panas seperti dalam kenderaan tertutup atau bilik terkurung juga menjadi punca pernafasan bayi terganggu.

– Jika terdapat individu yang merokok di dalam rumah atau di sekeliling bayi, boleh menyebabkan pernafasan bayi terhenti kerana sesak nafas.

Banyak lagi punca-punca lain, kita sebagai ibu bapa atau penjaga mereka haruslah rajin untuk mendalami ilmu. Jangan jadikan tiada masa ataupun malas sebagai alasan kerana jika anda lalai anak anda yang akan terseksa. Jangan kerana sedikit kecuaian kelak anda yang akan merana.

Tetapi ajal maut di tangan Allah, siapalah kita untuk menghalang ketentuanNya. Apa yang penting adalah kita berusaha dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *