BAYI ANDA DAH 6 BULAN TAPI TAK NAK MAKAN?

Mesti ada para ibu yang excited tunggu baby dia 6 bulan sebab nak bagi makan macam-macam. Nak cuba masak bubur buat puree siap dah save macam-macam resepi. Tapi sayangnya bayi anda menolak semua makanan yang anda dah siap masak atau buatkan, yang tak menahan siap buat muka nak muntah. Berakal sungguh budak kecik ni. Alahai kecewanya rasa. Tak rasa lapar ke asyik minum susuje?

Jangan pula terlalu ambil ringan ya ibu-ibu sekalian sebab ada juga bahayanya kalau bayi masih tak nak terima sebarang solid food ataupun makanan pelengkap walaupun sudah melepasi umur 6 bulan. Antaranya ialah:-

1- KEKURANGAN NUTRISI

Memang susu badan mempunyai banyak khasiat dan kebaikkannya tetapi haruslah diingatkan yang nutrisi datang dari pelbagai jenis makanan barulah seimbang. Kekurangan sumber nutrisi seperti zat besi boleh mempengaruhi proses tumbesaran bayi anda salah satu punca bayi anda berbadan kecil tidak sepadan dengan umurnya.

2- LEWAT PERKEMBANGAN

Apabila bayi anda belajar menggunakan mulut untuk mengunyah ianya sama seperti sedang melakukan senaman otot rahang. ianya sangat membantu untuk makan dengan lebih baik dan memudahkan proses bayi untuk belajar bercakap.

3- GIGI ROSAK

Kepada bayi yang minum susu formula (selain susu badan) akan mudah mendapat kerosakkan gigi kerana seperti yang diketahui didalam susu formula terdapatnya gula. Gula yang terbiar didalam mulut bayi tanpa dibersihkan akan menjadi bakteria dan akan merosakkan gigi sikecil anda. Jadi apabila bayi sudah mula masuk 6 bulan pastikan susu formula bukanlah makanan utama bayi ya. perkenalkan mereka dengan puree sayur dan buah. Jangan lupa cuci atau bilas mulut bayi anda dengan sidikit air masak supaya tiada sisa makanan yang melekat ya!

4- KALORI BERLEBIHAN

Cuma bergantung dengan susu hanyalah mengakibatkan jumlah kalori didalam badan anak anda bertambah ya. Seperti yang anda tahu kalori yang berlebihan akan menjadikan seseorang itu obesiti dan penyakit seperti jantung dan kencing manis akan mudah menyerang.

Tetapi anda harus ingat ya. Jangan pula anda memaksa anak anda untuk makan sehingga menimbulkan rasa takut pada anak anda ya. Perlu anda sedar yang selama 6 bulan mereka cuma belajar untuk minum susu sahaja dan tidak semua bayi sama. Ada yang pantang disua makanan terus nganga dan ada yang lansung tak nak mencuba. Memadai jika anak anda makan 2-3 sudu makanan diawal proses pengenalan makanan dan lama kelamaan pasti mereka boleh menerimanya.

Disini admin sertakan sekali cara menarik minat mereka untuk makan!

1) Anak anda mungkin picky eater (memilih/cerewet) jadi jangan cepat bosan untuk mencuba pelbagai resepi puree atau bubur. Cuba sehingga anda dapat mengenal pasti yang mana disukai dan dibenci.

2) Jangan gunakan manisan seperti coklat atau gula untuk menarik minat mereka untuk makan kerana ianya cuma akan menjadikan manisan sebagai makanan kegemaran mereka sehingga besar nanti. Sebaiknya ganti dengan kurma ataupun buah yang ada kemanisan sendiri.

3) Sediakan makanan yang enak. Pastikan ibu-ibu merasa dahulu makanan yang telah disediakan ya supaya mudah untuk anda mengenalpasti makanan apa yang anak anda gemari dan mudah untuk anda menyediakan menu yang sama semula.

4) Sekiranya anak anda masih tidak mahu makan, jangan paksa dan cuba berikan snek sperti biskut beras yang dikhususkan untuk bayi 6 bulan keatas. Pastikan tiada kandungan gula dan garam atau sebarang perasa tambahan lain ya! (cuba cari dikedai organik).

5) “Makan bersama” bayi anda. Bukannya bermaksud anda beri dia makan apa yang anda sedang makan tu tetapi berpura-pura yang anda juga sedang menikmati makanannya kerana anda mungkin sedang menarik minat mereka untuk mencuba apa yang anda sedang buat.

6) Jangan stress ya, jadikan waktu makan bersama bayi anda waktu yang menyeronokkan. Anda boleh melakukan mimik muka atau apa sahaja asalkan mereka menjadi gembira apabila tiba waktu makan. Elakkan daripada memarahi atau meninggi suara pada mereka ya kerana ini mungkin hanya menakutkan dan menghilangkan mood makan mereka.

 

Ingat… Selama 6 bulan mereka cuma minum susu jadi janganlah pula anda berharap yang anak anda akan terus habiskan semangkuk makanan mereka tu lebih-lebih lagi di tempoh awal pengenalan. Beri mereka masa ya ibu-ibu sekalian!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *