ORANG SELANGOR HARI MINGGU TAKKAN DUDUK RUMAH JE TUUU

Ha siapa yang duduk dekat selangor mesti dah bosan hari minggu je pergi mall dengan family kan? Sampai rasa dah malas nak keluar sebab asyik tawaf mall yang sama je. Cuba tukar sikit aktiviti hari minggu anda tu dengan ke lokasi-lokasi yang admin akan share ni! semoga hari minggu anda selepas ini tidak bosa lagi yaaa!

1) ASIAN WATER SPORTS VILLAGE, PUCHONG

Kalau and minat dengan sukan air disinilah tempat untuk anda tuju. Merupakan satu-satunya Pusat Sukan Air Berlesen di Lembah Klang. Pakej yang ditawarkan seperti aktiviti akses tanpa had untuk ke Taman Tema Air, sukan air tanpa motor, barbeku, tidur di dalam khemah, fish feeding dan banyak lagi. oh ya! mereka juga menyediakan pantai persendirian bagi mereka yang inginkan privasi ya!

2) GOLD COAST MORIB RESORT, BANTING

Bagi mereka yang hendak berehat dengan anak-anak disini tempat yang sesuai. Resort yang mempunyai taman tema air yang pasti menggembirakan anak-anak anda. Check in Sabtu check out ahad pun okey kan?

3) AIR TERJUN KANCHING, SELAYANG

Mungkin ramai warga selangor yang masih tidak menyedari tempat ni kan? admin pun baru tahu ada air terjun cantik macamni dekat selangor. Air terjun yang mempunyai 7 tingkat yang pasti mencabar anda untuk naik hingga ke atas.  Kalau berani naiklah!

4) AIR TERJUN KEMENSAH,  ULU KLANG

Air terjun yang terletak berdekatan dengan Zoo Negara ni memang sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan bersama keluarga. Anda boleh barbeku dan ada juga chalet disediakan bagi mereka yang ingin menginap disitu. Ada juga sukan ekstrem seperti ATV yang boleh anda cuba ya!

5) TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM

Ditengah bandar Shah Alam siapa sangka terdapatnya tempat yang menarik macamni kan? Cukup terkenal dengan rumah bermusim, skytrek, kebun buah tropika, Sungai baru dam, aktiviti berbasikal dan pelbagai lagi! paling menarik bila kita boleh pusing taman botani dengan bas yang disediakan memang seronok!

6) I-CITY, SHAH ALAM

Okey siapa yang tak pernah dengar pasal i-city ni kan? rasanya ramai yang dah tahu cuma saja admin saja nak tambah dalam list!

7) KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN, KUALA SELANGOR

Kampung Kuantan terkenal dengan Kelip-kelip. Kawasan hinggapan kelip-kelip yang banyak hanya terdapat di sini. Malah ada pendapat menyatakan keajaiban Kelip-kelip hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia ini dan salah satunya ada di Kampung Kuantan. Bangga bukan kita sebagai rakyat Malaysia.

8) FARM IN THE CITY, SRI KEMBANGAN

Terletak di tengah-tengah bandar. Seperti masuk ke dunia haiwan yang sebenar! Anak anda pasti teruja melihat semua haiwan-haiwan dan yang paling seronok kita boleh memegang mereka! Bagi anda yang hendak mengajar anak anda mengenali haiwan disinilah tempatnya!

9) TADOM HILL, BANTING

Terletak di banting, terdapat pelbagai aktivit air yang takkan membuat anda jemu! juga disediakan penginapan bagi mereka yang hendak berehat lebih panjang disana!

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *