LELAKI TENDANG WANITA DI JEJANTAS BANK NEGARA DITAHAN!

KUALA LUMPUR: Polis hari ini menahan seorang lelaki yang dipercayai telah menendang seorang wanita di jejantas berdekatan Bank Negara Malaysia pada Isnin lalu.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan pondok bas Masjid Saidina Hamzah, Kg Batu Muda, Sentul malam tadi, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim.

“Suspek ditahan kira-kira jam 11.05 malam dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

“Suspek terbabit pernah ditahan atas kesalahan sama dan dihukum selama tiga bulan,” katanya.

Tambahnya, suspek juga memiliki rekod jenayah untuk kes ugutan, khianat dan mencederakan orang.

Dalam kejadian terbaru Isnin lalu kira-kira 1.30 petang, suspek berkenaan dilihat menendang belakang badan mangsa mengakibatkannya jatuh terduduk di tangga jejantas sebelum suspek berlalu pergi.

Suspek yang pernah dipenjarakan kerana menendang seorang wanita dari belakang hingga mengakibatkan wanita berkenaan tersungkur kembali melakukan aktiviti ‘gila’ tersebut.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar media sosial, lelaki yang sama dilihat menendang seorang wanita ketika hingga wanita berkenaan jatuh terduduk.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *