ABAM BOCEY NAIK PELAMIN 8 DISEMBER INI DENGAN GADIS SABAK BERNAM?

ANGGOTA Kumpulan Bocey, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 28, mengaku dirinya bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.

Dalam laporan disiarkan akhbar pada Ahad, Abam memberitahu akan bernikah 8 Disember ini dengan pilihan hatinya yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Abam turut berkongsi sedikit kisah peribadi iaitu dia dan gadis berkenaan, pernah putus hubungan buat seketika sebelum ini kerana dia terlalu sibuk dengan karier sebagai pelawak.

Walau bagaimanapun jodoh ternyata menyebelahi mereka apabila hubungan kembali dijalin membawa ke jinjang pelamin.

Bertuah bakal isteri Abam kerana dia merupakan seorang yang ada perancangan hidup dan mementingkan keluarga. Kami dapati dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan pada Januari tahun lalu Abam pernah berkata;

“Saya perlu persiapkan diri dari segi kewangan dan kemudahan untuk bakal isteri. Apa yang perlu dahulukan akan saya laksanakan seperti tahun ini  (2016) adik saya mahu berkahwin. Saya wajib membantunya dari segenap segi, termasuklah kewangan.

“Pada masa sama saya sedang mengumpul duit untuk belikan sebuah rumah yang selesa untuk ibu saya. Insya-Allah selepas berkahwin saya mahu ajak beliau tinggal bersama saya dan isteri. Siapa lagi yang boleh bahagiakan orang tua jika bukan anaknya sendiri?”

Mengikut perancangan Abam dan pasangan akan diraikan pada 8 Disember di majlis yang berlangsung di rumah pengantin perempuan diikuti majlis resepsi keesokan harinya. Majlis menyambut menantu sebelah Abam pula akan diadakan pada Januari 2018 di Gombak.

Abam merupakan satu-satunya anggota Bovey yang belum berkahwin sekarang ini.

Didoakan semoga segala perancangan dipermudahkan seterusnya niat Abam mahu naik pelamin sebelum usia 30an jadi kenyataan.

Sumber: KLICK.MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *