KERAJAAN MEMPERTIMBANGKAN BR1M TAMBAHAN JIKA PENDAPATAN DARI MINYAK MENINGKAT!

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tambahan sekiranya peningkatan harga minyak memberikan pendapatan tambahan kepada kerajaan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Katanya, pemberian BR1M tambahan itu adalah bagi meringankan beban masyarakat berpendapatan rendah berikutan peningkatan harga minyak.

“Kerajaan ambil maklum peningkatan harga minyak ini dan kalau peningkatan ini menyebabkan kerajaan dapat lebihan pendapatan yang boleh kita sumbangkan kepada masyarakat berpendapatan rendah seperti penerima BR1M, kemungkinan besar kita boleh mempertimbangkan BR1M tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Menteri itu menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berkenaan pertambahan hasil kerajaan berikutan peningkatan harga minyak.

Bagaimanapun, katanya, pemberian BR1M tambahan berkenaan adalah bersifat tidak kekal.

Menurutnya, bagi peningkatan setiap dolar US bagi satu tong harga minyak mentah dunia, kerajaan akan mendapat pendapatan tambahan kira-kira RM300 juta.

Menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) berkaitan impak sistem apungan harga minyak, Johari berkata, sejak diperkenalkan, impak sistem berkenaan kepada pengguna hanya berjumlah satu sen.

“Sejak kita apungkan, ada 12 kali turun dengan jumlah 74 sen dan 19 kali naik berjumlah 75 sen. Jumlah impak keseluruhan satu sen,” katanya.

Menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) dan Ong Kian Ming (DAP-Serdang) berkaitan wang tidak dituntut, Johari berkata, sejak 1977 sehingga September lepas, jumlah wang tidak dituntut yang direkodkan ialah RM9.06 bilion.

Daripada jumlah berkenaan, katanya, RM1.64 bilion telah dibayar balik kepada pemilik dan RM1.46 bilion dipindahkan ke Akaun Hasil Disatukan.

Selain itu, permohonan baru/kemaskini BR1M 2018 akan bermula 27 NOV 2017 – 31 DIS 2017

Pemohon digalakkan utk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan LENGKAP.

Pemohon yg tidak lulus SSM yg hanya dapat RM700 tahun ini dan tidak membuat rayuan khas pada Julai 2017 yg lalu perlu membuat PERMOHONAN BARU.

Pemohon yg tidak mengemaskini sejak BR1M 2014 juga perlu membuat permohonan baru.

Pemohon/pasangan/tanggungan yg berdaftar dgn SSM tetapi perniagaan tidak aktif digalakan utk TAMATKAN SSM. Dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini/permohonan baru. (Tidak termasuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan)

ALERT Pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima PAMPLET mengenai BR1M dan borang perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 Nov 2017.

Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 adalah spt berikut :

a) 8.30pg-5.00 ptg (ISNIN-JUMAAT)

9.00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)

Bagi negeri PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan PAHANG

 

b) 30pg-5.00ptg (AHAD-RABU)

8.30pg-3.30ptg (KHAMIS)

9.00pg-4.00ptg (29-30 Dis 2017-minggu akhir JUMAAT dan SABTU)

Bagi negeri KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU

 

c) 8.00pg-4.00ptg (ISNIN-JUMAAT)

9.00pg-4.00ptg (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)

Bagi SABAH dan SARAWAK

 

d) Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM

 

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *