BN SEDIA HILANG UNDI JIKA GST MERUGIKAN!

KUALA LUMPUR – Kerajaan BN sedia berdepan dengan risiko kehilangan undi pada PRU14 jika pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini merugikan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan jika cukai baharu itu memberi manfaat kepada rakyat, beliau tidak ragu-ragu jumlah pengundi akan kembali menyokong mereka.

“Kalau GST mendatangkan masalah kepada rakyat, memang rakyat tidak mengundi kita dan kita terang tidak berapa tepat kepada rakyat,  rakyat tidak sokong kita, memang undi kuranglah.

“Tetapi kalau GST mendatang keuntungan, rakyat akan sokong, kita kena ingat GST dibuat bukan untuk kerajaan, ini untuk rakyat,” katanya kepada Sinar Online di Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang mendakwa kerajaan BN tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan (GST).

Dr Mahathir berkata jika kenaikan harga ubat-ubatan membebankan rakyat, mereka harus memaklumkannya kepada kerajaan.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yakin pelaksanaan GST bermula 1 April depan, akan membantu memperkukuh kewangan negara.

Seri Paduka bertitah, seluruh rakyat perlu bersama-sama menjayakan inisiatif itu seperti di negara lain yang melaksanakan GST bagi memastikan pelbagai faedah dapat dinikmati dalam jangka masa panjang.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *